Tuesday 29 July 2014

Makanan dan Penginapan di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam

Makanan Halal di Ho Chi Minh city, Vietnam

Rombongan kami ditemani seorang pemandu pelancong warga Vietnam dan beragama Islam. Kami panggil dia Ustaz sahaja kerana dia pernah menetap di Kelantan dan menuntut di sekolah Pondok di Kelantan.  Mencari makanan halal tidak sukar bagi kami kerana Ustaz sedia menunjukkan lokasi makanan halal kepada kami. Terdapat banyak restoran makanan halal di sekitar Ben Tanh Market. Selain di sini kami juga mengunjungi menyusuri Sungai Mekong dan singgah makan di sebuah restoran makanan halal di sana. 



Menu Makanan Halal di Vietnam


Kebanyakkan restoran yang kami lawati menyediakan hidangan ikan sebagai menu utama. Sampai 4 hari makan ikan terasa muak juga. Sup dengan campuran serai dan daun ketumbar juga disediakan (mungkin ni rahsia perempuan di Vietnam kurus-kurus belaka). Anda juga boleh mencuba menu mi sup Vietnam. Mi yang digunakan berasaskan tepung beras dan sangat lembut. Rasanya sangat berbeza dengan bihun yang kita makan di Malaysia. 


Kami juga dimaklumkan terdapat beberapa buah restoran di sekitar Ben Thanh Market mengambil bekerja di bahagian hidangan yang terdiri dari pekerja Muslim akan tetapi tukang masak mereka bukan Muslim. Jadi berhati-hatilah dengan restoran yang anda mahu kunjungi. Memelihara halal-haram makanan itu menjadi tanggungjawab kita kerana kita berada di Negara yang majoriti rakyatnya bukan beragama Islam.

Harga Makanan dan Minuman

Kami dapati harga makanan dan minuman di sini agak mahal. (Tidak diketahui sama ada mahal disebabkan tumpuan pelancong atau sememangnya makanan dan minuman di sini sememangnya mahal). Contohnya sewaktu sarapan pagi sekeping roti canai berharga RM6.00 dan air kopi susu RM6.00 segelas. 




Minuman Kopi Susu

Selama 4 hari di sana kami telah ketagihan dengan kopi susu Vietnam kerana rasanya yang sangat sedap. Setiap kali singgah makan, kami akan memesan kopi susu Vietnam. Anda juga boleh membeli kopi untuk dibawa pulang sebagai buah tangan. Ada dalm kalangan kami yang cuba belajar cara membuat kopi ini. Tapi rasanya tetap tidak sama seperti yang kami cuba di Vietnam. 


Hidangan Zaman Perang Vietnam

Semua orang tahu tentera Amerika yang dikatakan kuat sebenarnya tewas dengan tentera Vietnam. Anda boleh mencuba hidangan ubi rebus bersama dengan kacang tumbuk dan gula yang disediakan di kawasan Chu Chi Tunnel sebuah tapak perang tinggalan zaman Perang Vietnam. Hidangan ini dimakan oleh orang-orang Vietnam semasa zaman perang. Hidangan ubi rebus ni dihidang bersama dengan air teh panas tanpa gula (diet nak kurus ni). 







Diet Wanita Vietnam

“Ustaz, kenapa perempuan Vietnam kurus-kurus?”


(Betul dorg mmg kurus, pinggang macam budak sek ren)...
…kata Ustaz, mereka makan nasi dalam jumlah yang sangat minimum. Hidangan makanan di sana banyak berasaskan sayur-sayuran dan ikan. Pada sebelah petang dan malam, kaum wanita Vietnam hanya makan ikan tanpa nasi dan sayur sayuran. Contohnya, dalam perjalanan balik dari tempat kerja, mereka singgah dikedai dan membeli sayur-sayuran yang dipotong kecil-kecil dan dibalut dengan kulit popia buatan Vietnam. Ha…sebab tu la dorg kurus. Bagi pengunjung yang memakai pakaian bersaiz XL dan ke atas, memang sukar mendapatkan pakaian bersaiz besar di sini. 



Penginapan

Kami meninap di Hotel Thanh Lien yang terletak kurang 1 km dari Ben Thanh Market. Hotelnya selesa dengan perkhidmatan yang bermutu. Terdapat sebuah kedai sebaneka berhadapan dengan hotel ini. Ia memudahkan kami untuk mendapatkan barangan keperluan di sini. 







Monday 28 July 2014

Tips Shopping Kain di Vietnam

Ben Thanh Market

Ben Thanh Market terletak di tengah-tengah bandar Ho Chi Minh. Ia merupakan pusat perniagaan yang menempatkan kedai-kedai menjual tekstil, kraftangan tempatan, beg, aksesori hiasan dalaman dan makanan tempatan. Ben Thanh Market hanya dibuka pada waktu pagi dan ianya tutup pada sebelah malam. Kalau rasa nak shopping pada sebelah malam, anda boleh kunjungi pasar malam di sekitar lokasi Ben Thanh Market itu sendiri. Kami ke sana dengan diiringi oleh pemandu pelancong yang juga merupakan sorang ustaz (Ustaz jarang menipukan). Katanya harga yang ditawarkan di Ben Than Market Market lebih murah berbanding dengan Pasar Malam dan Chinatown. Jadi kami mengambil keputusan membeli belah pada waktu siang dan bersiar-siar mencuci mata pada waktu malam. 

Seperti di kebanyakan tempat anda lawati, sila berhati-hati dengan penyeluk saku. Bila di tempat yang sesak begini apa-apa sahaja juga boleh berlaku. Ben Thanh Market ni xbegitu sesuai untuk kanak-kanak. Hati-hati kepada yang membawa kanak-kanak. Adakalanyanya terdapat bau yang tidak menyenangkan akibat sistem saliran yang tidak baik. Selain daripada semua yang dinyatakan di sini, Ben Thanh Market seronok dikunjungi bagi yang gemar bershopping dan cekap tawar menawar. 


Kedai kain dalam Ben Thanh Market, Vietnam

Tips Memilih Kain Cotton

Terdapat pelbagai pilihan kain cotton, daripada Vietnam cotton, Japanese Cotton dan English cotton. Kain cotton ni selesa dipakai dengan cuaca di Malaysia, menyerap peluh dan selesa dipakai. Sewaktu memilih kain pastikan kain yang dipilih berkualiti dan tidak rosak. Semasa pekedai memotong kain pastikan anda perhatikan mereka. Takut mereka potong kain dengan ukuran yang salah dan mereka potong kain yang kita tak pilih. Selain kain cotton terdapat pelbagai lagi pilihan kain seperti kain silk Vietnam.


Memang perlu bersangka baik, xsemua peniaga begitu, tapi xsalah berhati-hati sebab kita yang bayar. Design kain terpulang pada mata masing-masing. Pada kunjungan yang akan datang saya merancang untuk pergi ke sini dan menginap selama 2 hari sahaja. Sesetengah pemborong kain balik hari sahaja. Yang penting dapat shopping kan. Kalau terlalu banyak kain yang dibeli, boleh sahaja menggunakan perkhidmatan menghantar barang ke Hotel penginapan. Kalau beli pasang kain pun dh terasa beratnya. Yang pergi bersama suami dan anak-anak lelaki yang gagah perkasa boleh sahaja mereka tolong angkat barang-barang yang mak beli, selesai masalah. 

Selain kain cotton dan silk, anda juga boleh membeli belah pelbagai jenis baju kurung siap dan telekung pada harga yang berpatutan. Sewaktu membeli belah, periksa kualiti kain atau baju yang hendak dibeli. Sewaktu membeli telekung pula, periksa sama ada terdapat kerosakan dan pastikan warna telekung dengan kain telekung adalah sama. Kalau dah balik Malaysia memang xboleh nak tukar la kan. 
Kedai Kain di Vietnam

Tips Tawar Menawar Harga Kain Cotton/ Silk


Kebanyakan mereka boleh bertutur bahasa Melayu. Saya  cuba mendapatkan harga semurah mungkin. Kalau rasa xmahu beli ada baiknya jangan tawar menawar (kalau xkena tarik tangan dan xlepas, korg kene maki dengan percuma). Tawaran harga boleh dilakukan sehingga 70% dari harga dipaparkan. (Kalau di China 80%).

Dialog nak harga murah:

“Kakak Cantik boleh bagi murah tak, saya nak balik petang ni. Duit tinggal sikit”
“Mahal la, saya boleh dapat harga ni kat Malaysia.”
“Kalau saya dengan kawan saya beli di sini, kamu bagi murah x.”
“Bagi la murah sikit, jangan bagitau bos.”

Kan…kalau xdapat terus saja ke kedai yang lain. Masih banyak pilihan. Kalau betul pekedai tu nak jual mereka akan kejar kita dan bagitau kita boleh bincang balik harga. Taktik sama kitaorang guna masa kat China =) Tapi kalau kat butik jangan pulak buat macamni. xda harapan dapat.


Kedai Kain di Vietnam

Sewaktu Membayar

Setelah kain yang dipilih dipotong, pastikan mereka memasukkan kain yang betul sebelum dibungkus. Nanti kain lain yang dipilih kain lain pula yang dibawa balik ke hotel. Urus niaga boleh menggunakan matawang Dong atau Ringgit Malaysia. Kadar tukaran yang kita gunakan di Malaysia xsama dengan yang digunakan oleh pekedai di sana. (Adakalanya berbeza  0.2-0.5 kalu shopping banyak, beza banyak la duit yang perlu dibayar). Decide dulu kalian nak menggunakan Dong atau Ringgit Malaysia. Kalau dah kehabisan matawang Vietnam, Dong, boleh saja beritahu nak bayar guna Ringgit Malaysia. Hampir kesemua kedai yang saya kunjungi menerima urusniaga dengan Ringgit Malaysia. 



Berat Luggage


Biasa la kaum hawa kalau bab shopping kain memang rambang mata. Bila packing beg nak balik baru sedar dah terlebih kuota luggage. Setiap hotel berdekatan  Pasar Ben Thanh menyediakan timbang (ala-ala timbang ayam) untuk kegunaan kita. Jadi sebelum bertolak pulang, pastikan anda periksa berat luggage masing-masing. Kami menaiki penerbangan Jet Star  dengan kuota luggage 20 kg untuk kargo dan 10 kg untuk hand carry. Semasa menimbang di hotel pastikan luggage 2 kg kurang dari had ditetapkan. Maklum la, timbang pun timbang cap ayam, dah tu ramai pulak yang guna. Ada kemungkinan timbangan masa di hotel dan airport xsama. Sekiranya berat luggage terlebih,  bayaran di airport menggunakan Dollar US. Sudah lah duit poket dah habis bershopping, kene pula bayar extra weight. (xseronok kan)


Cenderahati dan T-shirt di Vietnam


Bila dah berjalan mesti nak beli buah tangan dari Vietnam. Kalau anda mencari T-shirt Hard Rock CafĂ© Vietnam original ada dijual. yang pasti bukan di sini la. Harga standard price. Tapi kalau anda mencari T-shirt HRC yang murah2, boleh saja dibeli pada harga RM 5. Banyak kedai sama ada di pasar malam, Ben Thanh Market atau di kedai-kedai berdekatan dengan Sungai Mekong. Ada sebuah kedai berhampiran jeti menjualnya pada harga RM4.50 sehelai. Banyak lagi cenderahati yang boleh dipilih, selain T-shirt, seluar jeans, topi, beg tangan, beg duit dan aksesori hiasan dalaman juga boleh didapati di sini. 





Pemandangan di jalan raya di sekitar Vietnam
(yang beli kereta mmg org betul2 kaya, xda loan kereta kat sini)

Penginapan Berdekatan Ben Thanh Market

Sebaiknya sewa hotel yang berdekatan dengan Pasar Ben Thanh supaya memudahkan misi memborong kain di sana. Terdapat banyak hotel yang selesa yang biasanya penuh dengan rakyat Malaysia terutamanya pada musim cuti sekolah. Pusing 360 darjah rakyat Malaysia ada di mana-mana (dah serupa macam kat Malaysia pulak). Bila lokasi berdekatan nak pergi pagi, petang atau malam xda masalah. Nak balik berehat kemudian sambung shopping semula pun boleh. Maklum la kaki lenguh sebab pusing satu Pasar Ben Thanh memburu kain cotton.






Kopi Susu Vietnam

Setelah kering tekak bershopping apa kata anda cuba kopi susu ni. Harganya RM 6. Makanan dan minuman memang agak mahal di sini. (Kain ela murah la). Rasanya hampir sama dengan kopi yang saya minum di Lombok. Mungkin cara buatan tradisional yang digunakan. 

Monday 7 July 2014

Seafood di Kota Kinabalu, Sabah

Giant Lobster in Kota Kinabalu

Seafood di Kota Kinabalu, Sabah/ Seafood in Kota Kinabalu, Sabah:

Kawan saya beritahu bila g ke Sabah mesti cuba seafood di sana. Harganya murah kalau nak dibandingkan dengan pasar-pasar kat Johor. Masa ke pasar Woodlands, Singapura pun xjumpa lobster. Bila ke sini boleh pilih pelbagai jenis makanan laut seperti udang, ketam, ikan dan sotong. 

(You can choose different varieties of seafood in Kota Kinabalu, Sabah. There are prawns, squids, fish and lobsters with reasonable price. Try to survey the price before you choose to eat at any stalls or restaurants)


Ada yang masih hidup/
Some are stil alive like these two

Harga Lobster di sini sangat berpatutan (RM80)
Reasonable price (RM80)
Harga/ Price:

Perbandingan harga: Ikan kerapu yang berharga RM40 di Johor Bahru, boleh dibeli pada harga RM20 siap dimasak. Lobster yang berharga RM150 di Johor Bahru di KK harganya cuma RM80 siap dimasak. Makan la dengan sesuka hati sebab harganya sangat murah.

(You can choose fresh and alive seafood and ask them to cook for you. You can also choose grilled seafood and ask them to preheat your seafood.)


Telur lobster/ Lobster's eggs

Pilih dan masak/
You can choose and they'll cook for you

Lokasi/ Location:

Lokasi gerai makanan laut ini terletak di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu, bersebelahan dengan Pasar Kraftangan, Kota Kinabalu. Terdapat pasar basah, gerai makanan dan gerai menjual makanan laut bersebelahan anatara satu sama lain. 

(This seafood stalls area is located in the heart of Kota Kinabalu. It is next to Handicraft Market)

King lobster yang masih hidup/
Alive king lobster

Pelbagai jenis udang kara di sini/
Different types of lobsters

Siap dimasak
Cooked lobster

Banyak pilihan makanan laut
Wide range of seafood

Udang paling kecil di KK jadi paling besar di JB
The smallest prawn in KK is the biggest in JB

Jus Alpukat/ Avocado Juice:
Buah avokado yang agak sukar didapati di semenanjung, boleh didapati dengan mudah di sini. Jus Alpukat di sini disediakan dengan campuran susu sebelum dikisar bersama ketulan ais. Disebabkan sudah biasa minum Jus Alpukat dengan campuran coklat, saya mencari hingga ke 3 gerai minuman. Anda boleh bertanya terlebih dahulu sama ada gerai tersebut menyediakan Jus Alpukat dengan coklat cair atau tidak. 

(It's quite hard to find avocado in peninsular Malaysia, but you can easily find avocado in Kota Kinabalu. Try this drink in Kota Kinabalu. It's a mixture of avocado, milk, ice and melting chocolate)

Jus Alpukat/ Avocado juice

Snorkelling di Pulau Gili/ Snorkelling in Gili Island

Dari Gunung Rinjani ke Pulau Gili.../ From Mt. Rinjani to Gili Island...

Pantai Gili berhadapan dengan Pulau Lombok
Gili Beach in front of Lombok Island

Info Pulau Gili:
Jarak antara Pulau Gili dengan Pulau Lombok kira-kira 15-20 minit dengan menaiki bot. Pulau peranginan ni popular dalam kalangan pelancong eropah. (Banyak la korg nampak paus berjemur kat sini). Banyak pilihan untuk penginapan dan cafe melepak tepi pantai. Pulau Gili boleh dikunjungi dengan menaiki bot dari Pulau Lombok atau Pulau Bali. Bersebelahan Pulau Gili ada 2 buah lagi pulau kecil syurga snorkelling iaitu Pulau Gili Trawangan dan Pulau Gili Air.

(You can go to this beautiful island from Lombok or Bali. There are 3 small islands here: Gili Island, Gili Trawangan Island and Gili Air Island)



Pantai Gili dengan air sejernih kristal
Gili's beach with crystal clear water

Pengangkutan di Gili/ Transportation:
Tiada kenderaan bermotor di Gili, motor pun xda. Pam mingak lagi la xada. Basikal boleh disewa pada harga Rp40 000. sehari suntuk. Selain basikal, ada juga perkhidmatan kereta kuda. Semasa ke sana dengan Geng Chakchibor, backpack kami naik kereta kuda, kami naik kaki untuk sampai ke chalet. Pengalaman berbeza bila meronda pulau dengan menaiki basikal. 

(There is no transportation in Gili. You can either rent a bicycle at Rp40 000. or rent a horse cart to carry your luggage)


Pantai Pulau Gili
Gili's beach


Makanan Halal di Gili/ Halal Food:
Makanan halal xmenjadi masalah di Pulau Gili. Pulau Gili-Lombok terdiri daripada 90% penduduk Islam. Pada waktu malam akan ada medan ikan bakar dengan pilihan makanan laut yang segar. Nasi padang dan jus alpukat (Jus Avokado+coklat cair) memang wajib di cuba. Thanks to Kak Yana yang memperkenalkan minuman istimewa ni. 

(Halal food is not an issue here. Lombok Island and Gili Island consist of 90% muslim. You can enjoy fresh seafood at grill seafood area)

Pemandangan tengahari di Pulau Gili
Gili's afternoon view

Air sejernih kristal di Pulau Gili
Crystal clear water in Gili Island
Meluncur Ombak di Gili/ Surfing in Gili:
Kalau perhatikan dalam gambar ni, ada nampak ombak. Di kawasan inilah peminat sukan air meluncur ombak.
(Surfing is one of the activities you can do in Gili Island)


Pemandangan dari Pulau Lombok sebelum bertolak ke Gili
View from Lombok Island before we departed to Gili Island

Air Jernih/ Crystal Clear Water:
Bila sampai di pantai Lombok untuk menuju ke Pulau Gili, macam xpercaya tempat macamni masih da. Airnya jernih bagai kaca. Bot-bot yang ada seolah-olah terapung atas air. 
(I am proud to see pristine environment. Rubbish can hardly being seen in this area. unlike certain islands, you can spot plastic and bottles floating everywhere)

Pemandangan dari Pulau Lombok sebelum bertolak ke Gili
View from Lombok Island before we depart to Gili Island

Pantai Pulau Gili
Gili Island's beach

Pantai Pulau Gili
Gili Island's beach

Peralatan menyelam untuk disewa
Snorkelling gear for rental
Snorkelling di Pulau Gili / Snorkelling in Gili Island:
Dengan air yang jernih macam kristal, sapa yang xsnorkelling memang rugi. Kami menaiki bot dan berhenti di 3 tempat yang banyak batu karang. 3 kali bertemu dengan penyu yang tengah mencari makanan di celah-celah batu karang. Bot dengan lantai berkaca membolehkan kami melihat dasar laut. Bagi peminat aktiviti snorkelling dan diving, Pulau Gili memang sesuai untuk korg. Kursus diving juga ada disediakan di sini. 

(You can rent snorkelling gear here. Diving lesson is also available. I saw 3 turtles when I was here)

Tempat penginapan kami di Pulau Gili
Our accomodation in Gili Island
Penginapan/ Accomodation:
Kami menginap selama 1 hari. Dengan kelajuan internet yang mengagumkan, boleh la update status dah share gambar. Sarapan lempeng pisang dan roti bakar (makan banyak) sebelum pergi snorkelling. 
(Gili offers wide range of accomodation and we stayed here for a day for our island hopping)


Kesimpulan:
Pulau Gili memang sesuai untuk berehat-rehat sambil menikmati pemandangan pantai yang cantik. Untuk ke sana anda boleh ambil pakej dari Pulau Bali-Pulau Gili atau Pulau Lombok-Pulau Gili. 

(Gili is worth a visit and it offers amazing experience for you and your family)

Salji di Taman Negara Seoraksan, Korea Selatan

Pemandangan di pintu masuk Taman Negara Seoraksan
Entrance View in Mt. Seoraksan National Park

Saya menyertai rombongan ke Korea Selatan pada bulan Mac tahun 2013. Sebaik tiba di airport kami bertolak ke Taman Negara Seoraksan, Korea Selatan. Pemandu pelancong kami yang cantik, Kate (org Korea) ada beritahu laporan cuaca menjangkakan salji akan turun pada keesokan harinya. Tapi xsiapa peduli sebab masing-masing kepenatan disebabkan perjalanan yang jauh.


Main salji..xpakai gloves sebab nak rasa pegang salji
Snow fight..forgot to wear my gloves

Dari iklim tropika ke pergunungan bersalji
Sebaik turun dari bas, semua benda jadi putih. Salji turun dengan lebat masa kami tiba di sini. 



View in Mt. Seoraksan National Park

Tips Bergambar:
Bateri kamera dan smartphone cepat habis pada cuaca yang sejuk. Lagi la bila pakai smartphone. Turun dari bas bateri 100%, tapi selepas 2 jam tinggal 30% je. Ada baiknya korg bawa powerbank bersama. Rugi pulak kan dah sampai tempat cantik tapi xdapat bergambar. Kalau background dah putih melepak macam dalm gambar ni jangan la pulak pakai baju yang berwarna putih gak. Nanti x boleh nak bezakan orang dengan background.


View in Mt. Seoraksan National Park

Tips Pakaian:
Masa ni suhu jatuh ke -4 darjah selsius. Pakai baju sampai 4 lapis. Biasanya bila beli baju winter boleh check baju tu boleh guna sampai suhu berapa. Long john memang wajib pakai supaya haba badan dapat dikekalkan. Jangan lupa gloves, stokin dan penutup kepada. Kalau pakai gloves biasa, kadang-kadang 5 darjah selsius dah xtahan. Ada baiknya beli satu gloves yang original untuk suhu yang ekstrem. Nak jimat pinjam kawan yang kaki travel =)
Jangan lupa cari kasut yang kalis air.


View in Mt. Seoraksan National Park
View behind Teddy Bear Museum
Mt. Seoraksan National Park

Tips Bersiar-siar:
Hati-hati dengan permukaan yang licin. Salji tu kan air yang membeku, senang aje korang jatuh macam nangka busuk kalau xberjalan dengan berhati-hati. Pemandu pelancong kami, Oppa Peter pakai baju hujan plastik yang nipis, mungkin nak elakkan baju basah. 

Me, Aida and Kak Najwa
*lupa pakai gloves lagi
Hotel Penginapan:
Sepanjang di Korea kami bertukar hotel sebanyak 3 kali. Mungkin ada yang xsuka. Tapi kami xkisah janji dapat makan angin. Di Seoraksan saya dan Kak Ana tinggal berdua di apartmen 2 bilik. Xpayah berebut2 kan. Pengunjung boleh pilih untuk tidur di atas katil atau tidur atas lantai macam orang Korea.

Pemandangan waktu Subuh dari balkoni hotel
View from my hotel's balcony at dawn
Pemandangan Awal Pagi di Seoraksan:
Bila Kate (pemandu pelancong) beritahu pasal ramalan cuaca akan salji, xterbanyang pulak tempat cantik macamni. Kalau berkunjung di sini dan ada rezeki menginap di sini, pemandangan ni la yang korg akan dapat lihat awal-awal Subuh. Kereta hitam pun nampak putih. 

Pemandangan waktu Subuh dari balkoni hotel
View from my hotel's balcony at dawn

Landskap depan hotel
Landscape in front of our hotel
Sarapan pagi:
Hotel tempat kami menginap menyediakan sarapan pagi. Tapi xhalal. Jadi makan bekalan sendiri masa kat sana. Makanan halal di Seoul xmenjadi masalah. Tapi di Seoraksan susah sikit. 

Landskap depan hotel
Landscape in front of our hotel
Cable Car:
Semasa di sini salji turun dengan lebat dan makin lebat. Kami xdapat naik cable car atas faktor keselamatan. Jarak Cable Car 1.2 km dan korg boleh naik selama 1 jam 20 minit.