Monday 13 October 2014

Bersantai di Kaki Gunung Kinabalu dan Kundasang Sabah



Pemandangan Gunung Kinabalu jam 12.00 tengah hari/
Kinabalu Mountain view in the afternoon
Kundasang is in Sabah in Malaysian Borneo. Located 6 km from Mount Kinabalu Park, it is also the location of the Kundasang War Memorial Historically a small village today has grown into a small town. With an elevation of about 2,000 metres above sea level, it is one of the coolest places in Sabah with temperatures dropping to 13ÂșC at night. Besides being within close proximity to Mount Kinabalu National Park, Kundasang itself has grown into a popular leisure destination with many resorts in the vicinity. It is popular for its fresh vegetables, and plantations and farms suitable for temperate climate.
Ke mana kita bercuti kali ni. Saya ke Kundasang pada Bulan Mei 2014 yang lalu. Okey kalau rasa nak bercuti santai2 sambil tengok pemandangan cantik korg boleh pergi merehatkan diri dan melupakan kesibukan bandar. Percutian ke Kundasang sambil menikmati pemandangan cantik di kaki Gunung Kinabalu memang best. Perjalanan mengambil masa hampir satu jam. Sampai sahaja di lapangan terbang Kota Kinabalu, kami makan tengah hari dan terus memandu ke Kundasang, Sabah. Jarak antara Kota Kinabalu ke Kundasang kira-kira 100 km. Jalan berturap sepenuhnya cuma kadang2 agak terganggu bila kene memandu di belakang lori besar.


Pemandangan di kaki Gunung Kinabalu jam 5.00 petang/
Mount Kinabalu View


Awan di Gunung Kinabalu/ Fluffy cloud in Kinabalu Mountain
Disebabkan ketinggian Kundasang ni kira-kira 2000 meter dari paras laut, suhu pada waktu malam boleh turun ke 13 darjah selsius! Bawa baju sejuk, stoking dan pakaian tebal secukupnya. Kalau xbeku nanti. Sambil minum kopi panas di beranda penginapan, korang akan dapat perhatikan awan berubah ditiup angin setiap masa. Ada masa puncak Gunung Kinabalu jelas kelihatan. Ada masanya hilang terus dari pandangan.

Puncak Gunung Kinabalu/ Mt. Kinabalu's Summit
Pemandangan Gunung Kinabalu dari jauh/
 Cloud circulated Mt. Kinabalu's Summit

Pemandangan tepi jalan raya/ View by the roadside in Kundasang, Sabah

Kundasang's valleys and vegetable farms
Kundasang memang terkenal dengan sayur-sayuran segar. Kebanyakkan bekalan sayuran segar yang dihantar di kebanyakkan kawasan berhampiran berasal dari kebun-kebun sayur di Kundasang. Sayur seperti kobis dan tomato bayak terdapat di sini. Buah avocado juga banyak terdapat di sini.


Kundasang's View from World War II Memorial Park

Aktiviti Sepanjang di Kundasang:
  • Melawat Kundasang War Memorial/ World War II History (Tiket RM 10)
  • Eco-Tourism
  • Desa Cattle Farm (Cattle Feeding/ Buying Fresh Milk/ Photography)
  • Tandem Paragliding
  • Tandem Paramotor Trike
  • Fresh Market
  • Enjoying hot coffee while relaxing with the mountain view


Kundasang World War II Memorial Park

Desa Cattle Farm, Kundasang, Sabah

Penginapan/ Accomodation:

Ada baiknya penginapan ditempah lebih awal supaya anda dapat memilih lokasi penginapan dengan pemandangan yang cantik. Sejujurnya yang terbaik ialah menginap di Kinabalu Pine Resort dengan harga RM170 ke atas. Pemandangan dari Kinabalu Pine Resort memang betul2 mengadap Gunung Kinabalu dan lokasinya di Pekan Kundasang. Kami cuba menempah tapi bilik dah penuh. Kami akhirnya menginap di Mile 36 Lodge dengan harga kira2 RM120 skali dengan sarapan. Tidak mengecewakan sebab bilik kami mengadap Gunung Kinabalu. Petang dan malam kami dapat minum hot chocolate/ coffee sambil menikmati udara segar dan memerhatikan gumpalan awan di puncak Gunung Kinabalu.

Penginapan kami di Kundasang, Mile 36 Lodge


Penginapan kami di Kundasang, Mile 36 Lodge

Pemandangan awal pagi dari penginapan kami/
Daybreak view of Kinabalu Mountain from our lodge

Bunga-bunga di Kundasang, Sabah / Flowers in Kundasang, Sabah







Bunga-bunga Kundasang/ Kundasang's Flower

Dengan cuaca yang sejuk dan tiupan angina yang dingin, bunga-bunga di Kundasang juga menarik perhatian kami. Bunga kuning dan ungu dalam gambar di boleh dilihat di mana-mana saja di Kundasang ni.


Cattle Feeding

Me with Mt Kinabalu as the background

Pasar Siang di Kundasang/ Local Market in Kundasang

Pasar siang di Kundasang, Sabah/
Local Market by the roadside
Pagi-pagi kalau terasa nak mengenali lebih dekat lagi pekan Kundasang sila la singgah ke Pasar Siang di tengah-tengah Pekan Kundasang. Banyak makanan ringan buatan tempatan seperti kuih cincin, madu, keropok dijual di sini. Terdapat ramai peniaga beragama Islam di sini. Madu juga boleh dibeli di sini. Bagi yang suka tanam pokok bunga, gerai menjual pokok-pokok bunga terletak berhadapan dengan Pasar Siang ni. Lintas saja jalan anda akan dapat melihat kuntumn bunga-bunga ros yang tengah mekar dengan pelbagai warna.

Buah-buah tempatan/ Kudasang's local fruit
Buah-buahan tempatan/ Local Fruit in Kundasang

Macam-macam buah boleh dibeli di sini. selama ni xpernah dengar buah lemak manis. Jadi masa ni la boleh mencuba buah lemak mani. Rasanya macam mana? Macam keledek kot. Buah dragon fruit, strawberry, manga, delima dan yang paling banyak dijual buah avocado boleh dibeli di sini.
Vocabulary for my American and European blog's visitors:
1) Good morning-Selamat pagi
2) Good afternoon- Selamat tengah hari
3) Good evening- Selamat petang
4) Good night- Selamat malam
5) Auntie- Mak cik
6) Sister-Kakak
7) How are you?- Apa khabar?
8) How much is this? - Berapa? (point your finger to the item)
9) Thank you. -Terima kasih
10) Goodbye- Selamat jalan.