Tuesday 29 November 2016

Poring Hot Spring, Ranau, Sabah, Malaysia

Anda merancang nak jalan-jalan gateway ke Kota Kinabalu dan Kundasang, Sabah?
Sudah banyak kali ke Kundasang?

Apa kata kali ni cuba ke Ranau, Sabah pula. Jangan risau jalan raya semua bertar untuk sampai ke sini, tak perlu sewa 4x4.Bagi anda yang terasa nak melarikan diri dari tekanan kerja dan bawa anak-anak bercuti di kelilingi alam semulajadi, Poring Hot Spring, Sabah juga menjadi satu lokasi pilihan untuk anda lawati. Anda boleh memandu sendiri dengan berpandukan waze atau google map ke Poring Hot Spring, Sabah. Tiada gangguan internet sepanjang saya memandu ke sana. Jom tengok dulu gambar sungai yang akan menyambut anda bila anda ke Poring Hot Spring, Sabah.

Sungai ni sangat lebat dan deras. yang bestnya bersih dan jernih.

Sungai di pintu masuk Poring Hot Spring, Sabah


Antara kawasan menarik yang anda boleh terokai di Poring Hot Spring, Sabah



Bagi yang sukakan kegiatan lasak, elok cuba capony walkaway di kawasan rekreasi Poring Hot Spring, Sabah ni. Walaupun tidak sepanjang jarak perjalanan canopy walkaway di Taman Negara Kuala Tahan, tapi bagi anda yang takutkan ketinggian, mesti fikir dua kali sebelum naik. 
canopy walkaway Ranau, Sabah



Hati-hati bila bergambar takut kamera atau smartphone terjatuh ke bawah. Kalau dah jatuh dari walkaway ni niat sedekah je la phone tu kat haiwan liar yang ada. kalau cari pun xakan jumpa. Orang kampung saya kata macam finding needle in the haystack. 



Pokok balak di kawasan Poring Hot Sping, Sabah
Kalau anda nak tahu, pasukan pengkaji hutan National Geographic, Nov 2016 mengesahkan dan mengeluarkan data yang menyatakan hutan hujan tropika di Sabah, Malaysia mempunyai lebih dari 10 pokok balak hutan hujan tropika yang tertinggi di dunia!


Nak bawa seisi keluarga mengenali serangga pun boleh. Ruang pameran agak sederhana saiznya, tetapi masih menarik melihat kumbang-kumbang besar kat ruang pameran kawasan rekseasi Poring Hot Spring, Sabah ni. 



Kumbang besar ni hampir sebesar tapak tangan. Kalau jumpa kat dalam rumah agak-agaknya apa reaksi korang?

Semoga tips dan gambar yang saya kongsikan dapat membantu anda merancang percutaian ke Sabah. Selamat bercuti!

Friday 8 January 2016

Panduan Borong Kain dan Pakaian dari Vietnam

Memborong barang untuk perniagaan kain dan juga pakaian memerlukan banyak kajian dan perbandingan. Terutama sekali dalam mencari pembekal, mendapatkan kain seperti kain cotton Vietnam, kain pasang, baju kurung dan pakaian kanak-kanak dari Vietnam, membandingkan harga yang ditawarkan seterusnya menghantar stok pakaian dan kain dari Vietnam ke Malaysia.

Kali ke-3 berkunjung ke Vietnam pada bulan September 2015 yang lalu, tujuannya ialah untuk belajar cara memborong kain cotton dan kain pasang untuk perniagaan. Memborong kain dan pakaian dari Vietnam ke Malaysia memerlukan pengetahuan yang meluas bagi memastikan pulangan pelaburan dan pengurusan modal yang anda keluarkan berbaloi.

Cara-cara Memborong Kain/Pakaian dari Vietnam

1. Pilih dan bawa sendiri dari Vietnam

Sebelum ke Vietnam pastikan anda membeli kuota luggage yang diperlukan. Contohnya 30kg/seorang + hand carry 7kg seorang. Sekiranya check in flight berkumpulan kuota luggage akan dikira dalam kumpulan. Contohnya 4 orang×30 kg=120kg.

Sekiranya salah seorang membatalkan penerbangan anda hendaklah memastikan untuk berbelanja mengikut kuota mereka yang ikut ke Vietnam sahaja. Jika tidak charge di airport Vietnam akan dikenakan mengikut nilai US Dollar. Kain pasang agak berat timbangannya terutamanya jenis crepe dan kain cotton. Setiap kali selesai shopping, boleh semak timbangan dengan menggunakan timbang yang disediakan di hotel penginapan.

2. Whatsapp Pembekal dari Vietnam

Bagi yang sudah biasa membeli ari pembekal yang sama, anda boleh terus membuat tempahan dari pemborong kain/pakaian/tudung/jubah dari Vietnam. Mereka akan bungkus barang & pos ke Malaysia terus ke rumah anda.

3. Sistem Penggiliran

Bagi menjimatkan kos berulang alik ke Vietnam anda boleh bergilir dengan rakan kongsi/rakan untuk berkunjung ke Vietnam. Kos dapat dikurangkan kepada separuh kerana anda tidak perlu ke Vietnam setiap kali hendak mendapatkan stok barang perniagaan.

4. Shipping

Kaedah yang paling murah. Berbanding lain-lain cara memborong barang dari Vietnam. Cara shipping dari:

-menggunakan sukatan kubik meter (isipadu). Bukan bilangan helaian pakaian/kain.

-untuk untung pastikan anda ambil maksimum 1 kubik meter= +- 600 helai baju kurung. Belum ada kedai@ gudang xmenjadi masalah. Berkongsilah dengan rakan. Contohnya anda beli 300 pasang dan rakan anda beli 300 pasang. Kosnya mungkin lebih 10K.

-Penghantaran shipping terus ke rumah.

-Cukai bagi memborong dengan shipping saya xpasti. Mungkin boleh semak dengan rakan@buku panduan memborong ari Vietnam.

-charge shipping barangan borong dari Vietnam lebih kurang USD300

Bayar Deposit

Boleh. Ada kedai pakaian yang terima deposit. Anda perlu membayar 40% nilai barang Vietnam yang dibeli.

Isu duit Ringgit Jatuh

Peniaga di Vietnam masih lagi menerima duit RM. Walaubagaimanapun dari perbandingan semasa saya berkunjung ke Vietnam pada bulan Mac dengan Sept 2015, Ada perbezaan dari segi harga. Mereka menerima duit RM. Tiada masalah. Akan tetapi baju kurung pasang RM XY mungkin akan naik harga dalam +-RM5. Ya harganya tidak lagi sama. Bukan duit RM sahaja turun. Sebenarnya mata wang negara Asia Tengga juga menurun disebabkan isu yang melanda China dan US.

Cukai Kastam

Pastikan anda menyimpan resit pembelian di Vietnam. Sampai sahaja di lapangan terbang, mungkin kastam akan minta resit. Pelancong yang melancong lebih dari 4 hari kemungkinan besar tidak dikenakan cukai. Membawa 100 kg luggage Sept lepas (luggage kongsi dengan ibu dan bapa) hanya 1 troli yang ditahan untuk pemeriksaan. Ayah saya membayar RM100 cukai ketika itu.

Kad kredit VS Wang Tunai

Membawa banyak wang tunai agak merbahaya. Tapi tidak la rasa bahaya mana berjalan di Vietnam ni. Rasa selamat je. Aktifkan penggunaan kad kredit anda untuk penggunaan antarabangsa, begitu juga ATM kad. Call center seminggu sebelum anda berlepas ke Vietnam.

Pengangkutan di Vietnam

Jangan risau. Sampai sahaja di lapangan terbang Vietnam ada banyak teksi. Pastikan anda ambil teksi hijau (teksi government). Bijak membandingkan harga. Ada yang menawarkan teksi dalam harga US Dollar. Setiap kali dengar Dollar..amountnya nampak kecil. Tapi kene convert la nilainya pada RM.

Sewaktu di airport Vietnam ada yang menawarkan dollar dan kebetulan ada 1 kaunter ada promosi 170 000 Dong pergi & 170 000 Dong balik (hotel ke airport untuk hari kami balik) jika tidak harga asal untuk balik kira-kira 220 000 Dong. Dapat jimat duit tambang.


Selamat Memborong!

Tips Melancong Seorang Diri

Melancong..?
Travel..?
Book tiket..?
Cari hotel..?
Pakej murah..?


Angkat tangan kalau anda suka melancong. \(^_^)/

Melawat ke destinasi percutian idaman, pasti kita punya tujuan tersendiri. Hendak belajar budaya orang, cuba makanan baru, shopping, nak main salji, tengok pantai, panjat gunung. Kalau anda jenis yang spontaneous..alah..redah je. 

Mula-mula melancong biasanya akan pergi beramai-ramai. Kalau berkumpulan dengan rakan-rakan yang sekepala memang seronok. Macam mana pula kalau dalam kumpulan tu ada yang bawa anak kecil, ada warga emas, ada yang diva. Susah. 

Apa kata cuba kembara solo. Best rupa-rupanya. Itinerary ikut rasa. Tapi ada beberapa perkara penting yang anda perlu tahu sebelum mengembara bersendirian. Jom lihat 15 tips kembara solo di bawah:

Keselamatan:

1. Maklumkan keluarga

Maklumkan ahli keluarga atau saudara terdekat destinasi pelancongan, hotel tempat menginap dan sesekali dalam percutian maklumkan mereka akan lokasi anda. Supaya mereka tahu anda selamat. Beritahu maklumat penerbangan atau feri yang anda naik. 

2. Keselamatan Bagasi

Pastikan bagasi anda ditag. Sekurang-kurangnya ada nama & hotel tempat anda menginap. Mana tahu tercicir, senang untuk dipulangkan. 

3. Mengambil bagasi di lapangan terbang


Pastikan segera ambil dan catatkan di smartphone berapa bagasi kesemuanya. Tak salah ambil gambar kesemua luggage sebelum ada drop luggage di lapangan terbang. Segera ambil bagasi sebaik sahaja sampai di lapangan terbang.

4. Elakkan beritahu anda bersendirian

Elakkan memberitahu orang yang tidak dikenali anda kembara solo. Jika rasa tidak selesa, katakan anda sedang menunggu kawan atau ahli keluarga anda sedang membeli barang dan anda menunggu mereka. 

5. Wang tunai

Elakkan membawa wang tunai yang banyak. Pilihan lain ialah kad kredit atau kad debit. Hotel anda boleh bayar dengan e-banking. Sewa kereta hanya perlu dibayar semasa anda memulangkan kereta. 

6. Barang berharga

Simpan barang berharga di peti keselamatan hotel. Tips TOLEH SEMULA. nampak remeh tapi bagus. Setiap kali anda meninggalkan sesuatu tempat (turun bas, keluar restoran, turun feri, keluar teksi) TOLEH SEMULA. Periksa ada barang tercicir atau tidak. 

7. Barang kemas

Semasa kembara solo elakkan memakai terlalu banyak barang kemas. Anda menarik perhatian si pencuri atau mungkin ada risiko tercicir. 

8. Pasport/kad pengenalan diri/borang imigresin

Simpan di tempat yang selamat. Buat 1 salinan dan simpan di beg yang berlainan. Pastikan pasport telah diperbaharui (6 bulan sebelum tamat tempoh). Hal ini tida kompromi.

9. Di lapangan terbang

Sentiasa perhatikan beg anda. Mana la tahu ada yang tersalah ambil beg. Juga hati-hati agar tiada sesiapa menyelitkan apa-apa ke dalam poket beg anda. Mana la tahu yang diselitkan tu paket dadah. Hal ini serius kerana hukuman mati bagi kesalahan menyeludup dadah seperti di Singapura, Indonesia (terutamanya di Bali) dan China dan banyak lagi negara lain. Bawa saja luggage masuk ke tandas sebab anda bersendirian jangan minta orang tolong jagakan luggage anda. 

Menjadikan percutian anda bermakna

10. Rancang aktiviti

Kembara solo membolehkan anda meneroka secara maksimum destinasi percutian idaman. Tidak perlu tunggu orang. Tidak perlu persetujuan majoriti. Just hop in. Guna google/tripadvisor/waze/peta/tanya orang tempatan

"Restoran seafood paling best kat mana?"
"Mana tempat shopping yang paling murah?"
"Macam mana nak ke Pulau XY?"

11. Menaiki pengangkutan awam

Bagi sesetengah negara, pengangkutan awamnya sangat efisien dan murah. Bila landing di airport Paris contohnya, teksi lebih mahal harganya. Rajin-rajin bandingkan pengangkutan yang ada. Kalau di Vietnam mungkin anda boleh kongsi teksi dengan backpackers yang lain ke bandar Ho Chi Minh. 

12. AirBnb

Yang ini murah. Lebih murah berbanding hotel. Adakalanya kita tidak memerlukan gym dan kolam renang hotel. Jadi kenapa bayar lebih..? Murahnya sampai menginap seminggu di tengah kota Paris dengan kos RM1500.00 sahaja. Bed & breakfast boleh anda cuba kalau nak melancong ke eropah. 

13. Scam City

Rajin-rajin tonton rancangan Scam City terbitan National Geographic (saya tonton Scam City New York/India/Turki) & Lock Up Abroad. Banyak yang boleh dipelajari sebelum anda melancong.

14. Kamera

Paling penting bawa kamera. Jangan lupa cas atau bawa bateri@gunakan saja smartphone. Bila kembara solo tak ada kawan nak tangkapkan gambar. Minta tolong orang boleh. Tapi hati2 ya. Paling senang selfie je. 

15. Tips dari pengembara lain

Wujudkan atau sertai whatsapp@fb@ig@blog kaki-kaki travel yang dah pernah sampai tempat yang anda nak pergi. Tanya mereka tentang cuaca, budget, tempat-tempat menarik dan lokasi shopping. Sharing is caring right?

It's time to book your ticket, pack your bags & go!!

Juga boleh rujuk di sini:
http://libur.karangkraf.com/mobile/ekspedisi/tip-untuk-pengembaraan-solo-pertama-kali-1.237638