Thursday 5 January 2017

Tips Bercuti ke Pulau Pangkor, Perak

Sun 
Sea
Sand

Hendak bercuti ke Perak? Hop in the ferry and let's head to Pangkor Island!!!
Perlukan tips untuk ke Pulau Pangkor, Perak. Moh baca artikel tentang Pulau Pangkor ni. 


Pengangkutan ke Pangkor

Terdapat perkhidmatan feri ke Pulau Pangkor. Ada dua pilihan. Anda boleh memandu sendiri ke Jeti Lumut atau pilihan ke-dua Jeti Marina Island. Perkhidmatan feri dari Jeti Lumut bermula pada waktu pagi hingga feri terakhir pada jam 8.00 malam. Hampir terkandas di Klang kerana banjir kilat di lebuhraya, saya dan suami hampir terlepas feri ke dari Jeti Lumut ke Pulau Pangkor. Penyelamat kami bila perkhidmatan feri di Jeti Marina Island, Lumut ada menyediakan trip feri hingga lewat malam iaitu 9.45 dan 10.30 malam dengan bayaran RM16.00 untuk pergi dan balik. Bayaran RM13 untuk penduduk tetap Pulau Pangkor. Bayaran tempat letak kereta di Marina Island ialah RM50 sehari. Memandangkan kami dalam percutian budget, kami memilih parking mengikut jam yang jauh lebih jimat. 




Pangangkutan di Pulau Pangkor

Van merah jambu cukup sinonim dengan Pulau Pangkor. Sekiranya bercuti bersama keluarga pasti van merah jambu menjadi pilihan dari Jeti Pulau Pangkor ke hotel penginapan. Motor juga boleh disewa. dengan kadar RM35 sehari. Kerana kami tiba di Pulau Pangkor pada jam 10.00 malam. Apek sewa motor cuba charge kami dengan harga RM50. Penting untuk buat homework supaya tidak ditipu. Kami bargain & bargain harga sampai dapat RM35 atau kami tinggalkan apek tu terpinga-pinga (apek tu xtahu saya kerap tawar menawar semasa bercuti di China hahaha). Sewa skuter dengan 2 helmet lebih menjimatkan untuk kami berdua. 


Lokasi untuk dikunjungi

Teluk Nipah, Pulau Pangkor



Terdapat banyak kedai makanan halal di Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Restoran Makanan Laut terdapat banyak di sini. Membeli belah juga menyeronokkan di sini memandangkan ada banyak kedai pakaian dan cenderamata untuk di bawa pulang. Pantai Teluk Nipah terletak bersebelahan dengan Pantai Coral Bay. Sepanjang bercuti selama 3 hari 2 malam di Pulau Pangkor kami telah meneroka keseluruhan Pulau Pangkor sebanyak 3 kali dan pantai-pantainya. Pantai di Teluk Nipah, Pulau Pangkor ada banyak kedai akan tetapi pantainya agak padat dengan pengunjung. Tempat seterusnya lebih menarik iaitu...

Pantai Coral Bay, Pulau Pangkor




Terletak bersebelahan dengan Teluk Nipah, Coral Bay lebih cantik, bersih dan kurang padat dengan pengunjung. Banyak pelancong luar negara lebih tertumpu di Coral Bay, Pulau Pangkor berbanding Teluk Nipah. Boleh main buaian tanpa berebut dan menikmati sagu sejuk dengan air kelapa sambil muka di sapa bayu lembut dari laut. Terletak di hadapan pantai Coral Bay ialah Coral Island Pulau kecil yang menjadi lokasi snorkelling. Sewa jet ski di Coral Bay dan anda boleh merempit sepuas hati. Terasa hendak menguji kekuatan tangan dan bahu, anda boleh berkayak ke Coral Island, Pangkor. 




Kebetulan percutian kami di Pulau Pangkor ialah pada 23, 24 dan 25 Disember 2016, kami makan malam steambot di Nipah Deli. Harganya RM35 per person. 



Great weather, tasty food, serene environment, listening to the songs of the waves & sitting by the side of your loved ones, I couldn't ask for more. 


Night Life di Pulau Pangkor, Perak

Sejujurnya sekiranya anda sukakan night life, Pulau Pangkor bukan tempatnya. Pulau Pangkor lebih sesuai untuk bersantai dan berehat. Ada banyak buaian dan hammock di tepi pantai untuk anda berehat, tetapi tidak banyak aktiviti pada waktu malam di sini. Menaiki skuter menjelajah kawasan pantai-pantai di Pulau Pangkor, Perak juga menyeronokkan. Bagi anda yang sukakan night life di pulau, Mungkin boleh memilh Pulau Langkawi berbanding Pulau Pangkor. Percutian solo ke Langkawi dan percutian ke Pulau Pangkor bersama suami memberikan pengalaman dan suasana malam yang berbeza. 

Kos Makanan

Harga makanan di Pangkor tidaklah begitu mahal. Tidak perlu risau akan kos makanan kerana banyak kedai makanan dan gerai makanan di sini. 


Tips membeli hasil laut di Pulau Pangkor

Nak beli apa?

Ikan bilis, sotong kering, udang kering, ikan masin you name it. Ada banyak kedai menjual hasil laut. Mencari yang halalan toyyiban? 




Singgah ke Pusat Pemprosesan Hasil Laut Perikanan Pulau Pangkor, anda akan jumpa kedai Hasil Laut Pak Su. Kualiti dan kebersihannya terjamin. Produk hasil laut Pangkor keluaran bumiputera milik Pak Su (sempat kenal nama dia Pak Su je) dan mengambil dua keping gambar bersama pemilik jenama ini. 



Di sini juga baru saya tahu daripada pekerja di Kedai Hasil Laut Pak Su cara-cara memilih ikan bilis yang berkualiti. Ikan bilis yang bagus kualitinya bermata biru. Kalau di Sarawak popular dengan ikan terubuk masin, Pulau Pangkor popular dengan bermacam lagi hasil laut. Siapa yang xsuka makan sotong kering kan. Perkhidmatan membungkus, menggoreng iakan bilis dan mereka sedia menerima lawatan berkumpulan untuk sesiapa yang berminat untuk melajar tentang hasil laut dan produk hasil laut. Tidak sempat lama di sini tapi sempat juga membeli buah tangan hasil laut untuk emak dan saudara. 


Kebersihan Pulau Pangkor

Kunjungan terdahulu kira-kira 10 tahun yang lalu, banyak kelihatan sampah terapung di laut dan pantai. Masa berlalu dan Pulau Pangkor kini sangat bersih, benar-benar bersih. Penduduk Pulau Pangkor menjaga kebersihan kawasan pantai, perkampungan nelayan, malahan banyak kali kami bertemu mereka menyapu sampah di tepi jalan. Keep it up!

Merempit Di Pulau Pangkor

Seronok merempit naik skuter berdua, terdengar pak cik di tepi jalan menjerit polis! polis!
Memang betul ada polis buat pemeriksaan di jalan raya. Kene tahan dan soal siasat dengan polis. Nasib baik sempat berhenti sekejap pakai helmet. Oh ya! lupa beritahu 3 hari menaiki skuter di Pulau Pangkor banyak kali kami xpakai helmet. Alasan? Nak menikmati udara segar & sepoi-sepoi bayu laut dah tu kene tahan polis...hahaha.



Pulau Pangkor memang best! Will repeat the island hopping. Semoga tips yang saya kongsikan membantu anda untuk merancang bercuti ke Pulau Pangkor, Perak. Mohhh kita ke Pangkor!








Sunday 1 January 2017

Jalan-jalan makan angin ke Kuching, Sarawak

Kuching City Tour

Bila dapat peluang ke Kuching, Sarawak. Apa yang korang plan nak buat. Bagi saya 3 hari di bandar Kuching sudah mencukupi. Xsewa kereta pun xapa. y penting kalian menyewa hotel yang letaknya di tengah-tengah bandar Kuching.

I've been to Kuching for 3 times. The latest was last januari 2015 with my family. Personally I think I wouldn't spend more than 3 days in Kuchibg City coz there're not really many activities for city girl like me. But if you plan to rent a car & book a tour to Cultural Village, the National Park or other places you might need more than only 3 days.

To-Do Activities in Kuching, Sarawak

1) Visit local handicrafts shops
    (home accessories, clothes, paintings and
     plenty of tribal handicrafts)

2) Popular Sarawak Layer Cake

3) Enjoying Sunset Cruise (price range depends
    on the tour operators)

    *I saved a lot of money when I took 12 capacity boat instead of cruise
   *cruise may cost around rm80 and above
     while I managed to get rm38 boat tour.
    (for me the view is the same)

4) Local Museums
    Sarawak Museum (nearby Merdeka Palace
    Hotel is free of charge...Textile Museum too)