Hari Pertama
Berbekalkan pengalaman mendaki Gunung Nuang, tahun berikutnya dipelawa mendaki Gunung Rinjani. (xterfikir akan terjebak dgn aktiviti mendaki gunung, panjat Nuang tu pn sbb cuti xtau nak buat apa) Satu peluang yang tidak selalu ada. Senaman 10 jam seminggu selama 3 bulan menjadi persediaan menawan Gunung Rinjani pada bulan Mei 2013. Geng Chakcibor Adventure Team seramai 7 orang memulakan pendakian pada awal pagi hari pertama kami di Lombok.
Pemandangan dari kaki Gunung Rinjani.
|
Pemandangan awal pagi di kaki Gunung Rinjani. |
|
Trek dari Senaru. Perkampungan di kaki Gunung Rinjani
|
Tips Kembara:
Kalau rs xcukup gagah bawa backpack sendiri ada baiknya upah potter. Walaupun beg tu kurang 10kg, klu bukan regular hikers mmg menjadi beban nak mendaki. Sebelum sampai di tapak perkhemahan yg pertama rs nak putus nyawa mendaki (mcm mana la boleh terjebak dgn dorg ni...)
|
Pemandangan dari tapak perkhemahan hari pertama |
Bukit Penyesalan:
Menurut Pak Wahid, ketua guide kami, ramai pendaki rasa menyesal dan berpatah balik di Bukit Penyesalan ni. Bila panjat xsampai2.
|
'Bukit Penyesalan' |
|
Trek permulaan 'Bukit Penyesalan' |
|
Pertengahan trek Bukit Penyesalan |
Bukit Penyesalan:
Mendaki di celah-celah awan 1 pengalaman yang menyeronokkan. Bunyi angin dan pokok disekeliling sangat mendamaikan. Apa rasa berjalan celah-celah awan? (kwn2 byk tanya). Rasa macam berjalan celah wap air. FYI...awan tu xboleh pegang pun.
|
Trek ke 'Bukit Penyesalan' |
|
Poter ke Puncak Rinjani |
Tips Kembara:
Hentian rehat pertama kami makan kurma, coklat dan biskut untuk menambah tenaga.