Showing posts with label Tips Shopping di Vietnam. Show all posts
Showing posts with label Tips Shopping di Vietnam. Show all posts

Friday, 24 July 2015

Shopping Kain Cotton dan Shopping Sakan di Vietnam

Kunjungan kali ke-2 ke Ho Chi Minh City, Vietnam pada Jun 2015 semata-mata untuk memborong kain-kain cotton dan merehatkan minda melawat ke negara orang. Kali ini saya kongsikan beberapa tips untuk anda yang merancang untuk shopping kain cotton, baju kurung dan telekung di Vietnam.

Kain Cotton Vietnam, Kain English Cotton dan Kain Cotton Satin




Nak yang mana..? cakap je. Pilihan yang banyak boleh membuatkan kita rambang mata. Tapi bila membeli belah selalu beringat jangan sampai terlebih kuota luggage. Extra luggage akan dikenakan bayaran ikut US Dollar di airport nanti. Kain cotton ni agak berat. Ni contoh-contoh kain yang ada boleh pilih di Vietnam:







Shopping di Mana?

1) Chinatown Market

Kali ni saya memborong semua kain cotton dari Chinatown Market. Pilihan ada banyak dan boleh minta mereka potong ikut ukuran yang kita mahu. Anda boleh memborong kain cotton di sini sebab ada banyak pilihan dan boleh tawar lebih murah di sini berbanding Ben Than Market yang menjadi tumpuan pelancong. Selain kain cotton, anda juga boleh shopping kain lace, kain pasang untuk jubah, kain satin, kasut kanak-kanak, selipar dan yang selalu kami borong di sini ialah kekacang (Gajus kat sini saiznya besar & rasanya pun boleh tahan). 









Anda yang merancang untuk shopping di Chinatown ni kene banyak2 bersabar sebab kawasan shoppingnya yang sempit dan panas. Bila mengelak dari penjual yang menyorong barang, tangan pulak kne tarik dengan penjual kain sebab dorg nak paksa beli. Selain dari yang tu, Chinatown ni ok je untuk kakak-kakak dan makcik-makcik yang nak shopping sakan. Susun jadual perjalanan agar anda pergi ke Chinatown pada hari pertama atau kedua dan bukannya pada hari terakhir sebelum naik flight. Rasa panas membahang & peluh yang menitis membasahi baju korg, memang xselesa lps tu nak naik flight balik. 

2) Ben Than Market

Ben Than Market ni dah 'ditakluki' oleh orang Malaysia. Kenapa? Setiap penjuru & lorong di Ben Than Market ni ada saja orang Malaysia. Tak ketinggalan sahabat-sahabat dari Singapura. Ben Than Market ni buka pada awal pagi & tutup kira-kira jam 6 petang. Shopping la kain dan baju puas-puas kat sini sebab harga yang ditawarkan buat kita rasa kaya kat sana. Shopping guna duit RM pun diterima & peniaga-peniaga sana sangat suka kalau kita shopping di Ben Than Market menggunakan RM berbanding mata wang Dong. 



Ben Than Market



Shopping Apa di Ben Than Market?








  • Kain Cotton Vietnam/ Cotton Satin/ English Cotton..macam2 lagi cotton yang ada
  • Kain lace/ Kain Satin/ Kain Satin diamond
  • Baju kanak-kanak/ Blouse / Baju tidur
  • Jersey
  • Luggage/ backpack/handbag
  • Souvenir
  • Seluar Jeans/ Seluar Tidur/ Seluar Sukan

3) Pasar Malam di luar Ben Than Market

Macam Ben Than Market, Pasar Malam ni pun penuh je dengan orang Malaysia. Barang yang di jual xjauh beza dengan dalam Ben Than Market, sebab pemandu pelancong beritahu peniaga-peniaga dalam pasar Ben Than tu juga yang meniaga di pasar malam. Kalau nak murah cuba shopping lepas jam 9.00 malam & cari peniaga yang bentang kain tepi jalan. kalau ada rezeki anda, boleh beli seluar tidur, kain pasang atau baju kurung cotton siap jahit pada harga yang murah. Kalau xnak beli jangan cuba-cuba nak tawar menawar sebab nanti korg kene paksa beli oleh peniaga sana. 


4) Baju Kurung dan Telekung

Di mana nak beli? Ok...meh sini saya bagitau. Kalau dah jumpa lokasi Ben Than Market, xsusah cari kedai baju kurung & telekung. Di sekeliling Ben Than Market ni ada banyak lot-lot kedai 2 tingkat. Sila jalan & redah jalan raya (elak-elak sikit dari motor yang penuh kat jalan raya tu) anda akan jumpa kedai menjual baju-baju kurung yang dah siap dijahit. Jubah cantik-cantik untuk mak & mak mertua pun ada. Yang berniat nak beli telekung sebagai buah tangan pun boleh beli banyak-banyak sebab harganya murah. Dah beli banyak tu boleh juga wakaf kat masjid @ surau bila balik Malaysia nanti. Shopping sambil beramalkan. Banyak amal rezeki pun mencurah-curah. Telekung boleh dibeli pada harga semurah RM20. Harga telekung ikut kualiti kain. 








Sekian tips/panduan untuk anda yang merancang nak shopping di Vietnam. Selamat melancong dan membeli belah di sana!

Monday, 28 July 2014

Tips Shopping Kain di Vietnam

Ben Thanh Market

Ben Thanh Market terletak di tengah-tengah bandar Ho Chi Minh. Ia merupakan pusat perniagaan yang menempatkan kedai-kedai menjual tekstil, kraftangan tempatan, beg, aksesori hiasan dalaman dan makanan tempatan. Ben Thanh Market hanya dibuka pada waktu pagi dan ianya tutup pada sebelah malam. Kalau rasa nak shopping pada sebelah malam, anda boleh kunjungi pasar malam di sekitar lokasi Ben Thanh Market itu sendiri. Kami ke sana dengan diiringi oleh pemandu pelancong yang juga merupakan sorang ustaz (Ustaz jarang menipukan). Katanya harga yang ditawarkan di Ben Than Market Market lebih murah berbanding dengan Pasar Malam dan Chinatown. Jadi kami mengambil keputusan membeli belah pada waktu siang dan bersiar-siar mencuci mata pada waktu malam. 

Seperti di kebanyakan tempat anda lawati, sila berhati-hati dengan penyeluk saku. Bila di tempat yang sesak begini apa-apa sahaja juga boleh berlaku. Ben Thanh Market ni xbegitu sesuai untuk kanak-kanak. Hati-hati kepada yang membawa kanak-kanak. Adakalanyanya terdapat bau yang tidak menyenangkan akibat sistem saliran yang tidak baik. Selain daripada semua yang dinyatakan di sini, Ben Thanh Market seronok dikunjungi bagi yang gemar bershopping dan cekap tawar menawar. 


Kedai kain dalam Ben Thanh Market, Vietnam

Tips Memilih Kain Cotton

Terdapat pelbagai pilihan kain cotton, daripada Vietnam cotton, Japanese Cotton dan English cotton. Kain cotton ni selesa dipakai dengan cuaca di Malaysia, menyerap peluh dan selesa dipakai. Sewaktu memilih kain pastikan kain yang dipilih berkualiti dan tidak rosak. Semasa pekedai memotong kain pastikan anda perhatikan mereka. Takut mereka potong kain dengan ukuran yang salah dan mereka potong kain yang kita tak pilih. Selain kain cotton terdapat pelbagai lagi pilihan kain seperti kain silk Vietnam.


Memang perlu bersangka baik, xsemua peniaga begitu, tapi xsalah berhati-hati sebab kita yang bayar. Design kain terpulang pada mata masing-masing. Pada kunjungan yang akan datang saya merancang untuk pergi ke sini dan menginap selama 2 hari sahaja. Sesetengah pemborong kain balik hari sahaja. Yang penting dapat shopping kan. Kalau terlalu banyak kain yang dibeli, boleh sahaja menggunakan perkhidmatan menghantar barang ke Hotel penginapan. Kalau beli pasang kain pun dh terasa beratnya. Yang pergi bersama suami dan anak-anak lelaki yang gagah perkasa boleh sahaja mereka tolong angkat barang-barang yang mak beli, selesai masalah. 

Selain kain cotton dan silk, anda juga boleh membeli belah pelbagai jenis baju kurung siap dan telekung pada harga yang berpatutan. Sewaktu membeli belah, periksa kualiti kain atau baju yang hendak dibeli. Sewaktu membeli telekung pula, periksa sama ada terdapat kerosakan dan pastikan warna telekung dengan kain telekung adalah sama. Kalau dah balik Malaysia memang xboleh nak tukar la kan. 
Kedai Kain di Vietnam

Tips Tawar Menawar Harga Kain Cotton/ Silk


Kebanyakan mereka boleh bertutur bahasa Melayu. Saya  cuba mendapatkan harga semurah mungkin. Kalau rasa xmahu beli ada baiknya jangan tawar menawar (kalau xkena tarik tangan dan xlepas, korg kene maki dengan percuma). Tawaran harga boleh dilakukan sehingga 70% dari harga dipaparkan. (Kalau di China 80%).

Dialog nak harga murah:

“Kakak Cantik boleh bagi murah tak, saya nak balik petang ni. Duit tinggal sikit”
“Mahal la, saya boleh dapat harga ni kat Malaysia.”
“Kalau saya dengan kawan saya beli di sini, kamu bagi murah x.”
“Bagi la murah sikit, jangan bagitau bos.”

Kan…kalau xdapat terus saja ke kedai yang lain. Masih banyak pilihan. Kalau betul pekedai tu nak jual mereka akan kejar kita dan bagitau kita boleh bincang balik harga. Taktik sama kitaorang guna masa kat China =) Tapi kalau kat butik jangan pulak buat macamni. xda harapan dapat.


Kedai Kain di Vietnam

Sewaktu Membayar

Setelah kain yang dipilih dipotong, pastikan mereka memasukkan kain yang betul sebelum dibungkus. Nanti kain lain yang dipilih kain lain pula yang dibawa balik ke hotel. Urus niaga boleh menggunakan matawang Dong atau Ringgit Malaysia. Kadar tukaran yang kita gunakan di Malaysia xsama dengan yang digunakan oleh pekedai di sana. (Adakalanya berbeza  0.2-0.5 kalu shopping banyak, beza banyak la duit yang perlu dibayar). Decide dulu kalian nak menggunakan Dong atau Ringgit Malaysia. Kalau dah kehabisan matawang Vietnam, Dong, boleh saja beritahu nak bayar guna Ringgit Malaysia. Hampir kesemua kedai yang saya kunjungi menerima urusniaga dengan Ringgit Malaysia. 



Berat Luggage


Biasa la kaum hawa kalau bab shopping kain memang rambang mata. Bila packing beg nak balik baru sedar dah terlebih kuota luggage. Setiap hotel berdekatan  Pasar Ben Thanh menyediakan timbang (ala-ala timbang ayam) untuk kegunaan kita. Jadi sebelum bertolak pulang, pastikan anda periksa berat luggage masing-masing. Kami menaiki penerbangan Jet Star  dengan kuota luggage 20 kg untuk kargo dan 10 kg untuk hand carry. Semasa menimbang di hotel pastikan luggage 2 kg kurang dari had ditetapkan. Maklum la, timbang pun timbang cap ayam, dah tu ramai pulak yang guna. Ada kemungkinan timbangan masa di hotel dan airport xsama. Sekiranya berat luggage terlebih,  bayaran di airport menggunakan Dollar US. Sudah lah duit poket dah habis bershopping, kene pula bayar extra weight. (xseronok kan)


Cenderahati dan T-shirt di Vietnam


Bila dah berjalan mesti nak beli buah tangan dari Vietnam. Kalau anda mencari T-shirt Hard Rock Café Vietnam original ada dijual. yang pasti bukan di sini la. Harga standard price. Tapi kalau anda mencari T-shirt HRC yang murah2, boleh saja dibeli pada harga RM 5. Banyak kedai sama ada di pasar malam, Ben Thanh Market atau di kedai-kedai berdekatan dengan Sungai Mekong. Ada sebuah kedai berhampiran jeti menjualnya pada harga RM4.50 sehelai. Banyak lagi cenderahati yang boleh dipilih, selain T-shirt, seluar jeans, topi, beg tangan, beg duit dan aksesori hiasan dalaman juga boleh didapati di sini. 





Pemandangan di jalan raya di sekitar Vietnam
(yang beli kereta mmg org betul2 kaya, xda loan kereta kat sini)

Penginapan Berdekatan Ben Thanh Market

Sebaiknya sewa hotel yang berdekatan dengan Pasar Ben Thanh supaya memudahkan misi memborong kain di sana. Terdapat banyak hotel yang selesa yang biasanya penuh dengan rakyat Malaysia terutamanya pada musim cuti sekolah. Pusing 360 darjah rakyat Malaysia ada di mana-mana (dah serupa macam kat Malaysia pulak). Bila lokasi berdekatan nak pergi pagi, petang atau malam xda masalah. Nak balik berehat kemudian sambung shopping semula pun boleh. Maklum la kaki lenguh sebab pusing satu Pasar Ben Thanh memburu kain cotton.






Kopi Susu Vietnam

Setelah kering tekak bershopping apa kata anda cuba kopi susu ni. Harganya RM 6. Makanan dan minuman memang agak mahal di sini. (Kain ela murah la). Rasanya hampir sama dengan kopi yang saya minum di Lombok. Mungkin cara buatan tradisional yang digunakan.