Showing posts with label Mendaki Gunung @ Hiking. Show all posts
Showing posts with label Mendaki Gunung @ Hiking. Show all posts

Thursday, 3 July 2014

Ekspedisi Mendaki Gunung Rinjani, Lombok, Indonesia (Part IV)

Hari keempat kami di Rinjani saya dapat tangkap gambar Danau Segara Anak. Nak dapat gambar ni terpaksa duduk di hujung tebing. Danau Segara Anak ni xkelihatan sebab dilitupi awan selama 3 hari kami di sini. Alhamdulillah, rezeki dapat lihat danau yang cantik ni. 

(Lake Segara Anak is also known as 'child of the sea'. I sat at the edge of a cliff) 

Danau Segara Anak/ Lake Segara Anak di Rinjani
Danau Segara Anak/  Lake Segara Anak di Rinjani
LocationLombok, Indonesia
Coordinates
Lake typecrater
Basin countriesIndonesia
Surface area11.3 km2 (4.4 sq mi)
Max. depth190 m (620 ft)
Water volume36 gigalitres (1.3×109 cu ft)
Surface elevation2,008 m (6,588 ft

Tips Kembara:
Guide, Potter dan tukang masak xmenjadi masalah. Yang jadi masalah masa kat Rinjani ni dorg asyik masak je. Sampai xlarat nak makan. Makanan memang best. Siap dibekalkan tisu dan sos. Sepanjang pendakian banyak bantuan diberikan dan banyak ilmu mendaki yang saya belajar daripada Pak Wahid. (panjat gunung setahun sekali, mmg byk benda xtau). 

Guide and Potter Rinjani

Chakchibor Adventure Team bergambar
dengan potter dan guide Rinjani
Selepas bersarapan, nasi goreng ni kami berkemas untuk turun dari Rinjani. Nasi goreng superb dah rupa makan kat restoran. 

Sarapan pagi hari terakhir kami di Rinjani/
Our breakfast on the last day in Rinjani

Monyet Gunung Rinjani/ Monkeys at Rinjani
Tips Kembara:
Adakalanya sekumpulan monyet datang ke kawasan perkhemahan II mencari makanan. Hati-hati dan simpan makanan di tempat yang selamat. Ada kumpulan hiking dari Surabaya kehabisan makanan sebab dimakan monyet. (beware of wild monkeys and keep your food out of their sight)

Potter di Rinjani

Tuesday, 1 July 2014

Summit Attack: Ekspedisi Mendaki Gunung Rinjani, Lombok, Indonesia (part III)


Tips Kembara:
Lebar permatang dan trek sebelum ke puncak sangat sempit. Ada yang lebar kurang dari 2 meter. Angin bertiup kencang, ada masa terpaksa membongkokkan badan. Menurut Pak Wahid, beliau pernah baring di permatang akibat angin kencang (mengelakkan diri dari jatuh ke gaung). Kami memulakan pendakian pada jam 1 pagi dan tiba di puncak kira-kira 6.30 pagi. Tepat pada masa matahari terbit.

Best view ever from Rinjani summit
Lupa dunia di bawah bila tengok gambar dari Rinjani ni

Take nothing but a photograph from Rinjani

View Rinjani jam 7.00 pagi
Puncak Gunung Rinjani
* Can't upload the videos due to technical problems..will share with you later.

Sunday, 29 June 2014

Ekspedisi Mendaki Gunung Rinjani, Lombok, Indonesia (Part II)

Setelah mendaki Bukit Penyesalan peserta ekspedisi akan tiba di tapak perkhemahan ke-2. 


Tips Kembara:
Suhu pada masa ini jatuh ke 13 darjah selsius. Pastikan pakaian cukup tebal untuk mengelakkan hiportemia (suhu rendah dlm badan), stokin dan glove juga amat diperlukan. Masa makan rs nk mkn dlm sleeping bag sebab sejuk sangat.

View depan khemah
Matahari Terbit di Tapak Perkhemahan II
Tips Kembara:

Nak dpt shot gambar ni susah, sebab kene la g cari lalang2 yang bersesuaian. Akhirnya berjaya gak.
View awal pagi di tapak perkhemahan II
Tips Kembara:
Bangun awal pagi untuk mendapatkan shot gambar-gambar yang cantik. Segera tangkap gambar sebab view berubah setiap saat. 

Cuaca masa ni 13 darjah selsius
Pemandangan di tapak perkhemahan



View matahari terbenam depan khemah

Tapak perkhemahan sebelum buat summit attack


Ekspedisi ke Puncak Gunung Rinjani, Lombok Indonesia (Part I)

Hari Pertama
Berbekalkan pengalaman mendaki Gunung Nuang, tahun berikutnya dipelawa mendaki Gunung Rinjani. (xterfikir akan terjebak dgn aktiviti mendaki gunung, panjat Nuang tu pn sbb cuti xtau nak buat apa) Satu peluang yang tidak selalu ada. Senaman 10 jam seminggu selama 3 bulan menjadi persediaan menawan Gunung Rinjani pada bulan Mei 2013. Geng Chakcibor Adventure Team seramai 7 orang memulakan pendakian pada awal pagi hari pertama kami di Lombok. 

Pemandangan dari kaki Gunung Rinjani. 

Pemandangan awal pagi di kaki Gunung Rinjani. 
Trek dari Senaru. Perkampungan di kaki Gunung Rinjani

Tips Kembara:
Kalau rs xcukup gagah bawa backpack sendiri ada baiknya upah potter. Walaupun beg tu kurang 10kg, klu bukan regular hikers mmg menjadi beban nak mendaki. Sebelum sampai di tapak perkhemahan yg pertama rs nak putus nyawa mendaki (mcm mana la boleh terjebak dgn dorg ni...)

Pemandangan dari tapak perkhemahan hari pertama
Bukit Penyesalan:
Menurut Pak Wahid, ketua guide kami, ramai pendaki rasa menyesal dan berpatah balik di Bukit Penyesalan ni. Bila panjat xsampai2. 

'Bukit Penyesalan'
Trek permulaan 'Bukit Penyesalan'
Pertengahan trek Bukit Penyesalan
Bukit Penyesalan:
Mendaki di celah-celah awan 1 pengalaman yang menyeronokkan. Bunyi angin dan pokok disekeliling sangat mendamaikan. Apa rasa berjalan celah-celah awan? (kwn2 byk tanya). Rasa macam berjalan celah wap air. FYI...awan tu xboleh pegang pun. 

Trek ke 'Bukit Penyesalan'
Poter ke Puncak Rinjani

Tips Kembara:
Hentian rehat pertama kami makan kurma, coklat dan biskut untuk menambah tenaga.