Lapar..? Jom singgah ke Gerai Bakso Idaman. Lokasinya terletak di Jalan Parit Masjid, Pontian, Johor. Kedai makan ni betul- betul tepi jalan. Dibuka sejak 20 tahun yang lalu, Bakso kat sini memang the best. Selain bakso, boleh juga cuba pelbagai makanan panas macam tom yam, nasi goreng dan mi goreng.
Kedai makan ni kecil je. Ada la dalam 10-12 meja. Waktu beroperasi dari pagi hingga ke 10 malam. Boleh sarapan bakso, lunch bakso, dinner pun bakso. Kalau ke Pontian cuba la makan di sini. Kata kawan yang berasal dari Pontian, bakso di sini xsama dgn bakso di Indonesia sbb yang ni versi 'Bakso Idaman improvise' a.k.a. upgrade version.
Kami dah 2 kali singgah ke Kedai Makan Bakso Idaman ni. Enaknya memang sampai terngiang- ngiang masa balik. Kalau singgah ke Pontian jemput la dtg makan di sini ya...memang bakso ni menjadi idaman. Selamat menjamu selera..!