Cara kumpul duit untuk
melancong
Photo: Google |
Photo: Google |
Ramai dalam kalangan kita
yang menyimpan impian nak bermain salji Korea, melawat ke pulau-pulau eksotik seperti
Lombok atau Palawan di Filipina dan bersiar-siar di tengah bandar-bandar moden
seperti Hong Kong, London dan Paris. Halangan utama nak melancong pastinya duit
kan.. Mustahil..? Rasanya tidak.
Alhamdullilah, dengan izin
Allah, dalam masa 4 tahun saya telah dapat mengunjungi tempat-tempat seperti
Bali, Lombok, Vietnam, Hong Kong, Beijing, Shenzhen, Guangzhou, Korea Selatan
dan yang paling dekat, Singapura. Dulu xpernah merasa naik kapal terbang,
pertama kali naik kapal terbang terus sampai ke China dan Hong Kong pada tahun
2012. Zaman sekolah dulu nak ikut rombongan darjah 6 ke KL pun duit RM60 tu xmampu.
Bagi yang gemar melancong
atau merancang untuk melancong ke luar negara, mari saya kongsikan 15 cara
mengumpul duit untuk melancong.
1) Menabung
Photo: Google |
Kalau tak menabung mana nak
cukup duitkan. Yang ini perlu disiplin yang kuat dan kawal nafsu berbelanja
yang bukan-bukan seperti tukar smartphone setiap tahun atau beli kasut
tiap-tiap bulan. Sediakan 1 tabung khas untuk melancong ke destinasi percutian
idaman. Kalau sudah berkeluarga elok bersama-sama menetapkan sasaran jumlah
tabungan supaya suami/isteri dan anak-anak dapat bersama-sama berjimat cermat.
2) Main kutu
Untuk ke Hong Kong, Shenzhen
dan Guangzhou (kali pertama) melancong, saya mengumpul wang dengan bermain
kutu. Kos pada masa tu kira-kira RM2400. Anda boleh mengumpul wang dengan
konsisten kerana akan ‘terpaksa bayar’ duit kutu tersebut.
3) Promosi Tiket Penerbangan
Photo: Google |
Rajin-rajin la semak harga
tiket kapal terbang. Mana la tahu dapat ke Bandung dengan tiket RM60..ataupun
Maldives pada harga yang ‘wow...murah!’ Membeli tiket kapal terbang antara
perbelanjaan terbesar selain penginapan di hotel. Oleh itu anda dapat
menggunakan duit yang telah dikumpul untuk kegunaan lain seperti membeli tiket
tren atau membeli cenderamata semasa melancong.
4) Jimatkan kos luggage
Photo: Google |
Adakalanya kita rasa semua
benda penting. Mesti bawa masa melancong. Ini akan meningkatkan kos pengangkutan
kapal terbang. Ada kalanya kita boleh berkongsi telekung, membawa pakaian suai
padan ‘mix & match’ atau membawa bekas sabun mini untuk mengisi pencuci
muka, syampu dan sebagainya. Cara begini dapat menjimatkan wang dan memudahkan
pergerakan semasa melancong.
5) Jimat duit makan
Pernah dengar nasihat
‘kurangkan makan diluar’..? Saya xakan cakap tentang ini.
Saya maksudkan kalau
hendak mengumpul duit untuk melancong, kurangkan pembaziran makanan di rumah.
Berjimat cermat di bazaar Ramadan, bijak semasa membeli barang dapur agar tidak
berakhir di tong sampah. Puasa kan sebulan. Sehari beli 1 makanan berat dan 1 jenis pencuci mulut kan cukup. Fikir balik. Makanan yang kita buang tu sama la macam
kita buang duit. Siapa yang selalu buang kuih raya? Lepas habis raya sebulan,
kuih masih banyak. Kuih kan mahal zaman sekarang ni. Jadi kenapa beli kemudian buang?Bawa air masak dari rumah juga menjimatkan berbanding
membeli air mineral di luar.
6) Aktivi hujung minggu
percuma
“Free..? Ada ke benda free
zaman sekarang..?” ADA. Saya pernah menonton konsert penyanyi M. Nasir
percuma..menonton teater percuma..aerobik percuma. Rajin-rajin semak aktiviti
di sekitar sekitar
kediaman anda. Minum percuma (g Jom Heboh dan minum semua air free dalam cup yang dorg bagi tu..Jom Heboh Penang masa tu). Saya senaraikan aktiviti hujung minggu percuma yang boleh mambantu anda menjimatkan duit untuk melancong:
kediaman anda. Minum percuma (g Jom Heboh dan minum semua air free dalam cup yang dorg bagi tu..Jom Heboh Penang masa tu). Saya senaraikan aktiviti hujung minggu percuma yang boleh mambantu anda menjimatkan duit untuk melancong:
·
Program aerobik di taman-taman rekreasi
·
Menonton persembahan kebudayaan
·
Menonton perlawanan bola sepak di layar
gergasi
·
Menyertai aktiviti-aktiviti amal seperti
gotong royong atau menderma darah
·
Tiket percuma ke Legoland (kumpul keratan
kepala akhbar)
·
Piknik di taman rekreasi bersama keluarga
·
Main badminton di taman-taman berbanding
menempah gelanggang
·
Membawa keluarga ke perpustakaan awam
·
Melawat muzium (sesetengah muzium xkenakan
bayaran masuk)
·
Pemeriksaan tekanan darah percuma
·
Menonton filem di rumah sambil masak makan
malam istimewa
·
Pameran lukisan dan kraf percuma
·
Aktiviti berbasikal di hujung minggu (KL ada
ni)
·
Pameran kereta/superbike/auto show
7) Jimat duit beli buku atau
surat khabar
Adakalanya kita boleh
berjimat dengan cara membeli buku terpakai (ada kedai buku 2nd hand
di Georgetown) atau bertukar-tukar buku dengan kawan. Mengunjungi perpustakaan
dan menjadi menjadi ahli juga akan menjimatkan duit. Surat khabar..? Saya baca
online je sekarang ni. Duit dapat dijimatkan dan digunakan untuk menambah
tabungan untuk melancong kemudian hari.
8) Guna duit dividen ASB
Sewaktu ke Korea saya
berkongsi penginapan dengan Kak Ana, bekas kerani yang sekarang telah bersara.
Sudah 2 kali bertemu dengannya di Korea & Guangzhou dan bila ditanya cara dia kumpul duit untuk
melancong ialah dengan menggunakan dividen ASB diterimanya untuk melancong.
9) Kerja Part-time
Bagi yang bujang masa yang
terbuang boleh digunakan untuk menambah duit untuk melancong. Fotografi, rekaan
grafik, video editing, tutor, cikgu tuisyen, translator, babysitting sampai ke
jual kerepek part time pun boleh dapat duit. Ada kawan yang mampu mengumpul
RM500 sekali order untuk jualan kerepek pada kawan-kawan pejabat. Insya Allah
rezeki ada di mana-mana. Saya pernah mengajar tuisen BI pada sepupu dan dibayar
RM500 ditambah RM100 duit minyak. Saya belanja diri sendiri RM100 dan bakinya saya simpan.
10) Berniaga Online dan
Offline
Trend zaman sekarang peniaga
online dari cup cake hingga ke baju tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Rezeki
dari meniaga dapat digunakan untuk melancong ke luar negara.
11) Sertai Carboot Sale
Macam-macam boleh dijual
masa carboot sale. Kalau xnak keluarkan modal cari barang, jual saja baju-baju
kurung lama atau baju kanak-kanak yang anak-anak anda xgunakan lagi. Keuntungan
yang anda dapat adalah keuntungan bersih sebab jual baju sendiri. Kalau ada
buku-buku lama dan majalah, boleh juga dijualkan semula untuk menjana
pendapatan. Jangan malu berniaga. Kumpul duit tersebut dan gunakan
sebahagiannya untuk melancong.
12) Anjurkan kelas
Photo: Google |
Siapa kat sini suka
memasak..?
Masa ni la kemahiran boleh menjanakan wang. Kelas memasak, kelas
buat roti dan kek, kelas jahitan, kelas jahitan manik, kelas fotoshop, kelas
fotografi, kelas bahasa Inggeris, kelas kraf untuk kanak-kanak. Kelass kau
Jah...! Alhamdulillah, saya pernah menerima bayaran RM300 sejam untuk mengajar
murid sekolah di UTM Skudai. (upah masa tu RM600, duit minyak RM100). Dengan
RM700 tu cepat la dapat kumpul duit untuk melancong.
13) Euro, Yen, Dollar,
Rupiah..duit..duit..duit
Photo: Google |
Setelah membuat pilihan
destinasi. Pastikan anda menukarkan duit pada matawang negara yang ingin
dilawati semasa kadar tukaran mata wang yang rendah. Adakalanya destinasi yang
ingin dilawati telah dipilih setahun lebih awal. Oleh itu, tukar matawang RM ke
matawang asing pada waktu yang tepat. Kawan-kawan ‘sekapal’ merancang untuk ke
New Zealand pada penghujung 2016. Bila dah pilih destinasi, perancangan awal pun kita dah boleh buat.
14) Jaga Kesihatan
Bunyi macam xda kene mengena
tapi percaya la, kos perubatan yang tinggi akan mengganggu perancangan untuk
mengumpul duit untuk melancong. Contohnya kalau anda sakit gigi, kos mencabut
gigi mungkin mencecah RM150 sebatang gigi. Untuk berjimat rajin-rajin la gosok
gigi. Ditakdirkan sakit jugak, pergi lah ke klinik kerajaan kerana ianya lebih
menjimatkan (itu pun kalau sanggup menunggu lama). Sekiranya anda demam/selsema
kos sekali rawatan mungkin mencecah RM30-RM40. Bayangkan kalau setahun 4 kali
demam (RM40x40) kosnya mencecah RM160.
15) Saluran TV percuma
Sebahagian dari kita yang
bekerja, balik kerja pulak sangkut dalam kesesakan jalan raya. Bila sampai
rumah penatnya (energy bar hampir zero kan)..memang xada masa nak menonton TV.
Membayar stesen TV berbayar dengan kos RM50-RM150 sebulan memang suatu
pembaziran. (RM50X12 bulan= RM 600 setahun). Nampak x duit RM600 tu boleh beli
tiket kapal terbang. Langkah ini dapat membantu anda untuk mengumpul duit untuk
masa kecemasan juga dapat digunakan untuk melancong ke destinasi idaman.
Photo: Google |
Diharapkan tips tentang
cara-cara kumpul duit untuk melancong dapat memberikan anda idea untuk
mendapatkan sumber kewangan untuk melancong. Semoga impian anda untuk melancong
tercapai.
p/s: Untuk ke London/Paris
atau Venice sebaiknya belajar ilmu yang
lebih advance seperti pelaburan hartanah, sewaan hartanah atau memulakan perniagaan secara serius.
Insya Allah xmustahil anda berselfie depan Eiffel Tower atau bergambar naik
gondola dengan wajah tersenyum riang. Jalan mudahnya..kawin saja dengan orang
kaya =)