Melancong..?
Travel..?
Book tiket..?
Cari hotel..?
Pakej murah..?
Angkat tangan kalau anda suka melancong. \(^_^)/
Melawat ke destinasi percutian idaman, pasti kita punya tujuan tersendiri. Hendak belajar budaya orang, cuba makanan baru, shopping, nak main salji, tengok pantai, panjat gunung. Kalau anda jenis yang spontaneous..alah..redah je.
Mula-mula melancong biasanya akan pergi beramai-ramai. Kalau berkumpulan dengan rakan-rakan yang sekepala memang seronok. Macam mana pula kalau dalam kumpulan tu ada yang bawa anak kecil, ada warga emas, ada yang diva. Susah.
Apa kata cuba kembara solo. Best rupa-rupanya. Itinerary ikut rasa. Tapi ada beberapa perkara penting yang anda perlu tahu sebelum mengembara bersendirian. Jom lihat 15 tips kembara solo di bawah:
Keselamatan:
1. Maklumkan keluarga
Maklumkan ahli keluarga atau saudara terdekat destinasi pelancongan, hotel tempat menginap dan sesekali dalam percutian maklumkan mereka akan lokasi anda. Supaya mereka tahu anda selamat. Beritahu maklumat penerbangan atau feri yang anda naik.
2. Keselamatan Bagasi
Pastikan bagasi anda ditag. Sekurang-kurangnya ada nama & hotel tempat anda menginap. Mana tahu tercicir, senang untuk dipulangkan.
3. Mengambil bagasi di lapangan terbang
Pastikan segera ambil dan catatkan di smartphone berapa bagasi kesemuanya. Tak salah ambil gambar kesemua luggage sebelum ada drop luggage di lapangan terbang. Segera ambil bagasi sebaik sahaja sampai di lapangan terbang.
4. Elakkan beritahu anda bersendirian
Elakkan memberitahu orang yang tidak dikenali anda kembara solo. Jika rasa tidak selesa, katakan anda sedang menunggu kawan atau ahli keluarga anda sedang membeli barang dan anda menunggu mereka.
5. Wang tunai
Elakkan membawa wang tunai yang banyak. Pilihan lain ialah kad kredit atau kad debit. Hotel anda boleh bayar dengan e-banking. Sewa kereta hanya perlu dibayar semasa anda memulangkan kereta.
6. Barang berharga
Simpan barang berharga di peti keselamatan hotel. Tips TOLEH SEMULA. nampak remeh tapi bagus. Setiap kali anda meninggalkan sesuatu tempat (turun bas, keluar restoran, turun feri, keluar teksi) TOLEH SEMULA. Periksa ada barang tercicir atau tidak.
7. Barang kemas
Semasa kembara solo elakkan memakai terlalu banyak barang kemas. Anda menarik perhatian si pencuri atau mungkin ada risiko tercicir.
8. Pasport/kad pengenalan diri/borang imigresin
Simpan di tempat yang selamat. Buat 1 salinan dan simpan di beg yang berlainan. Pastikan pasport telah diperbaharui (6 bulan sebelum tamat tempoh). Hal ini tida kompromi.
9. Di lapangan terbang
Sentiasa perhatikan beg anda. Mana la tahu ada yang tersalah ambil beg. Juga hati-hati agar tiada sesiapa menyelitkan apa-apa ke dalam poket beg anda. Mana la tahu yang diselitkan tu paket dadah. Hal ini serius kerana hukuman mati bagi kesalahan menyeludup dadah seperti di Singapura, Indonesia (terutamanya di Bali) dan China dan banyak lagi negara lain. Bawa saja luggage masuk ke tandas sebab anda bersendirian jangan minta orang tolong jagakan luggage anda.
Menjadikan percutian anda bermakna
10. Rancang aktiviti
Kembara solo membolehkan anda meneroka secara maksimum destinasi percutian idaman. Tidak perlu tunggu orang. Tidak perlu persetujuan majoriti. Just hop in. Guna google/tripadvisor/waze/peta/tanya orang tempatan
"Restoran seafood paling best kat mana?"
"Mana tempat shopping yang paling murah?"
"Macam mana nak ke Pulau XY?"
11. Menaiki pengangkutan awam
Bagi sesetengah negara, pengangkutan awamnya sangat efisien dan murah. Bila landing di airport Paris contohnya, teksi lebih mahal harganya. Rajin-rajin bandingkan pengangkutan yang ada. Kalau di Vietnam mungkin anda boleh kongsi teksi dengan backpackers yang lain ke bandar Ho Chi Minh.
12. AirBnb
Yang ini murah. Lebih murah berbanding hotel. Adakalanya kita tidak memerlukan gym dan kolam renang hotel. Jadi kenapa bayar lebih..? Murahnya sampai menginap seminggu di tengah kota Paris dengan kos RM1500.00 sahaja. Bed & breakfast boleh anda cuba kalau nak melancong ke eropah.
13. Scam City
Rajin-rajin tonton rancangan Scam City terbitan National Geographic (saya tonton Scam City New York/India/Turki) & Lock Up Abroad. Banyak yang boleh dipelajari sebelum anda melancong.
14. Kamera
Paling penting bawa kamera. Jangan lupa cas atau bawa bateri@gunakan saja smartphone. Bila kembara solo tak ada kawan nak tangkapkan gambar. Minta tolong orang boleh. Tapi hati2 ya. Paling senang selfie je.
15. Tips dari pengembara lain
Wujudkan atau sertai whatsapp@fb@ig@blog kaki-kaki travel yang dah pernah sampai tempat yang anda nak pergi. Tanya mereka tentang cuaca, budget, tempat-tempat menarik dan lokasi shopping. Sharing is caring right?
It's time to book your ticket, pack your bags & go!!
Juga boleh rujuk di sini:
http://libur.karangkraf.com/mobile/ekspedisi/tip-untuk-pengembaraan-solo-pertama-kali-1.237638