Sunday, 21 December 2014

20 Sebab Kenapa Saya Takkan Melancong Ke Beijing Lagi

Hai semua..saya baru ke Beijing dari 10-17 Disember 2014 ( minggu lepas)


Banyak sebab yang membuatkan saya tidak mahu ke China lagi. Blacklist terus dari senarai to-do-list. Sebelum ini saya pernah ke Shenzhen dan Guangzhou (2012). Tetapi Beijing memberikan pengalaman melancong yang paling teruk dari kebanyakkan tempat yang pernah saya kunjungi. Saya senaraikan 20 sebab supaya kita dapat berkongsi ilmu dan panduan kalau-kalau ada antara kalian yang berkira-kira hendak bercuti ke sana. 

I Have Seen and Experienced Enough..Never Return There
20 Sebab Saya Takkan Ke Beijing Lagi

GOVERNMENT SHOP

1) Government Shop..Government Shop..


Kami di bawa ke Government Shop, Beijing sampai hari yang ke-4. Contohnya: Kedai Jed/ Kedai Kristal/ Kedai Kain Sutera/Foot Massage/ Kedai Teh. Kami dipaksa membeli barangan yang dijual sesetengahnya diragui kualiti juga dijual pada harga yang xmasuk akal. Bawa duit banyak-banyak sebab nak shopping murah-murah kat market sana. Nak beli jed harga riban-riban tu nak buat apa. 


2) Skrip Drama yang sama oleh penjual/
 Same Lame Script


Pelbagai Skrip Drama Cerekarama yang dapat kalian dengar dari mereka. 

"Harini Anniversary Kedai Kami." 
"Saya sudah kawin 10 tahun, harini saya dapat anak kembar. Jadi saya bagi diskaun 80%..!!!"
"Ini Original" (Padahal sah-sah korg kat market biasa)

Macam-macam skrip akan digunakan yang penting duit korng masuk dalam poket dorg. 


3) Pintu Bilik Pameran Dikunci Semata-mata Nak Pastikan Kalian xDapat Meloloskan Diri/ 
Locking the Door


Sebaik sahaja sampai ke mana-mana kedai, mereka akan bawa rombongan ke Bilik Pameran Khas (rakaman dan foto tidak dibenarkan) sebab tu la korg xdapat sebarkan muka dorg. Pintu akan dikunci untuk pastikan semua peserta rombongan tidak keluar dari bilik pameran. Nak meloloskn diri pun xmudah. Salah satu cara ialah dengan berpura-pura hendak ke tandas macam yang kami buat. 


4) Travel Agen Bersubahat Sama/ 
Your Travel Agent Will Urge you to Shop Here

Why...? Because they will get commission too. 

Apa yang terjadi pada Travel Group kami ialah..perang dunia tercetus antara kami dengan travel agen Beijing, ( Arwah Maggie) Bila kebanyakkan kami dah pernah ke China (Beijing, Shenzhen dan Guangzhou), xmahu beli apa-apa.

Kami xmahu membeli barangan yang dijual (Jed/ Kristal/Ubat Herba/ Silk/Pearl). Itinerary disusun supaya 4 hari pertama kami di bawa ke Gov. Shop supaya duit dapat dibelanjakan di Gov. Shop. Yang kuat iman dan kalis tipuan akan terselamat duit poketnya. Me?...Duit I selamat sebab dah berniat nak shopping di market sebab boleh tawar harga hingga 70-80%. 




MARKET SHOPPING


Kami ke Silk Market pada hari ke-5. Antara barangan yang dijual handbag, luggage, pakaian, purse, belt. 


5) Menghalang Pelanggan Keluar dengan cara yang kasar/ Blocking your way out

Fikir baik-baik sebelum melangkah masuk. kedai-kedai di Silk Market, Beijing mempunyai pintu kaca. Sebaik sahaja melangkahkan kaki masuk ke salah satu kedai ni. Jangan harap korg dapat keluar dengan senang. Mereka akan berdiri di pintu kedai@menghalang kalian keluar dengan badan. paling xteruk pun, sampai sakit lengan dorg grab sbb xbagi korg keluar. 

6) Penjual Memaki Pelanggan/ Yelling Curses to Customers/ Grabbing Your Arm

Jangan ingat 'customers are always right'. Ada masa dapat makian percuma dari penjual. Walaupun harga yang dorg bagi tu dorg yang setuju, penjual tetap merungut dan tarik muka. 

7) Penjual Enggan Memulangkan Baki/ 
Shopkeeper Refused to Return Your Change

Kalau dah setuju nak bagi harga jual 90 Yuan contohnya. Kalau korg membayar dengan note 100 Yuan, ada penjual yang sengaja tidak mahu memulangkan baki. Jangan malu2 paksa mereka pulangkan baki. (Duit aku, Duit Aku. Duit Engkau Kau Punya Pasal).


KEBERSIHAN TANDAS

8) Tandas Kotor/ Dirty Toilet

Pengalaman kawan saya di Guangzhou bila terserempak dengan perempuan yang buang air xtutup pintu (uuwweeeeek). Nasib baik xterserempak. Tandas biasanya berbau..dari kejauhan baunya sudah dapat dihidu. Berbeza dengan Korea, selama seminggu di sana pada tahun 2013, sehelai tisu pun xkelihatan di lantai. 

9) Tandas Kotor walaupun di Airport/
 Dirty Toilet Even at the Airport

"Xpe la..g toilet kat airport nanti bersih sikit kot."
-JANGAN HARAP. lagi sengit baunya ada la. 

Walaupun kat Malaysia kadang-kadang berdepan masalah yang sama. Stesen Petronas, R&R dan Airport dah tentu bersih. Sebab tu la bagi saya antara tempat yang 'menakutkan' untuk saya pergi ialah tandas awam. 

10) Tisu dan Paip/Tissue and Water Hose

Lain tempat lain cara. Mungkin yang ini xboleh merungut banyak sebab memang ni cara dorg. Jadi sesiapa yang nak travel ke Beijing atau mana-mana bahagian China jangan lupa bawa:
  • Tisu
  • Tisu basah
  • Botol


LAYANAN TERUK TRAVEL AGENT





11) Ada Untung Saya Baik, Xda Untung Saya Tinggalkan/
 If I get Money I'll Be Good, If I Get Nothing I'll Leave You

Benar. Ini yang terjadi pada kami. Pada 2 hari terakhir kami di sana. Travel Agen xmuncul. Maka, percutian ni tiba-tiba jadi free and easy. 
(Pulangkan duit aku semula Arwah Magie!!!)

Bila kami berkeras xmahu membeli belah di Government Shop, Arwah Magie ni dah mula menampakkan bibit-bibit ketegangan perang dunia ke-3 dengan kami. Mengumpat siap kata kami ni org kampung. Apa yang dikesalkan ialah sikap tidak profesional dan tidak beretika Travel Agen yang sorg ni dan juga kawannya yang yang kurang ajar. 


12) Tergesa-gesa Di Pusat Percutian tapi Berlama-lamaan di Government Shop 

Nampak x..modus operandinya. 

13) Songlap Duit Makan 2 Hari/
 Cutting Off Our Lunch, Dinner Treat Budget

Ni gambar nasi goreng telur yang dah sanggup kami telan. Selama di Beijing pun kami di hidangkan dengan Menu yang sama. Yang paling teruk bila si Travel Agen ni tukar itinerary dan memaksa kami tandatangan makanan pada 15 dan 16 Disember dibungkus dan dimakan di hotel penginapan. 

Sarapan yang dibagi pada 16 Dis..? (Char Kui sekeping dengan roti kosong)
Aku xhalalkan duit aku Arwah Magie...tapi memang dah kau pun xda halal haram....camne nak cakap ya. 

14) Kekacang RM100 (200 Yuan)
Sold Peanut/Ground Nut@RM100 (200 Yuan)

Travel agen akan mengambil tempahan kekacang semasa dalam bas dan akan dihantar terus ke bilik hotel. Tak masuk akal kacang bungkusan kecil 12 pek dijual pada harga RM100. Ada Baiknya kalian berjalan kaki ke supermarket berhampiran dan beli sendiri. Kosnya mungkin hanya separuh dari yang dijual di Travel Agen ni tadi. 

15) ...They called Us Stupid for Going to China.
- By Halal Tours XYZ TRAVEL representative

well....I have the proof

'Hahaha...., that's great! Wherever you come to spent your money, you supported China Economy....thank you very much on behalf of all Chinese although China don't welcome you. So see how stupid you are, haha...got out of China, don't come again." -A message that we received upon arrival in Malaysia.




PROBLEMS AT THE AIRPORT

16) Baggage Drop took 2 hours

Kami sampai di airport pada jam 5.00 petang dan menunggu flight jam 2.30 pagi. Hanya untuk baggage drop mengambil masa hingga 2 jam. Nasib baik xada kawan-kawan yang membawa anak kecil. Kalau xkesian dorg. 


17) Security Check 

Barangan peribadi yang perlu dikeluarkan dan diletakkan dalam bakul bercampur antara bakul saya dan bakul orang yang berada di depan. Saya pegang bakul berisi phone dan kamera dan beritahu saya akan letak bila orang didepan selesai diperiksa. Masa ni kelihatan sorang lelaki kelam kabut mencari sesuatu (mungkin kehilangan sesuatu). Seorang kawan hampir-hampir kehilangan pasport milik anaknya di sini. (Oh...xlupa...beg duitnya juga) Masalah besar kalau hilang 2 benda ni kan. korg pun cukup maklum. 


18) Nyaris-Nyaris Terlepas Flight Balik ke Kuala Lumpur 
....and I almost miss my Flight to Kuala Lumpur

Disebabkan semua masalah ni...dah tentu kami sampai lambat di gate pelepasan. Pecut 100 meter dibuatnya bila tengok jam. I xtipu u olllsss sbb korg boleh tengok saya dan 3 lagi kawan berlari pecut 100 meter di Beijing Airport. (Sila lihat rakaman CCTV di Airport). 


BONUS EXPERIENCE TO SHARE


19) Mereka Meludah Merata-rata/ They Spit Everywhere

in front of you...behind you..at the pavement..and even at the hotel corridor...yuks!


20) Bad Breath

Dont they brush their teeth?...or maybe it comes from the drinking habit. I don't know. It's not all of them..but you can smell bad breath everywhere...yuks..!


so if you want to go and travel to Beijing..'Good Luck'.
For me once was enough. I appreciate the historical places, its weather but not the ugly side of Beijing. 

No comments:

Post a Comment