Wednesday, 16 December 2015

Pulau Dayang Bunting, Langkawi


Kawasan air laut dan Tasik Dayang Bunting terpisah

Berkayak di Tasik Dayang Bunting, Langkawi
Mendekati alam semula jadi di Tasik Dayang Bunting, Langkawi

Tasik Dayang Bunting, Langkawi

Pulau Dayang Bunting-Eagle Feeding-Pulau Singa Besar

(Lake of Pregnant Maiden-Eagle Feeding-Singa Besar Island)


Pemandangan batu kapur sebelum sampai ke Pulau Dayang Bunting, Langkawi
Bila sebut Tasik Dayang Bunting, Langkawi pastinya dalam fikiran kita sudah mula terbayang-bayang tasik air tawar yang cantik dengan dikelilingi pulau berbentuk wanita yang sedang mengandung. Tasik ni memang cantik dan bersih. Yang paling menarik di sini anda boleh berkayak atau berjalan dengan titi yang disediakan untuk ke hujung tasik untuk melihat sendiri pertemuan antara air masin (air laut) dengan air tawar di Tasik Dayang Bunting. Untuk sampai ke Tasik Dayang Bunting anda boleh menaiki bot atau menyewa jet ski RM500 untuk meronda-ronda sepuas hati. Memandangkan Pulau Langkawi ni mempunyai 99 buah pulau, outdoor enthusiast pasti sukakan cabaran jet ski. Bucket list untuk pengembaraan seterusnya. 


Bot-bot yang akan membawa anda ke Tasik Dayang Bunting

Boleh berjalan hingga ke hujung Tasik Dayang Bunting


...atau berkayak

Tasik Dayang Bunting mempunyai sejarah yang tersendiri. Dikatakan pasangan yang ingin mendapatkan anak sekiranya minum air dari tasik ini akan mengandung. Itu katanya..dikatakan. orang Islam tidak boleh percaya ya. Pulau Singa Besar pula dikatakan berasal daripada singa kepunyaan lagenda gergasi yang tinggal di Langkawi. 


Wajib sampai ke kawasan di mana air masin (air laut) dengan air tawar (Tasik Dayang Bunting) waktu ni gerimis mengundang la pulak. Sebab tu gambar kelam
Hasil berkayak. Dapat lihat pantai yang cantik di hujung Tasik Dayang Bunting
Pantai yang bersih


Walaupun kali ni saya melancong bersendirian ke Pulau Dayang Bunting, Langkawi, niat berkayak di Tasik Dayang Bunting ni memang betul-betul rasa nak buat sebab saya memang sukakan aktiviti lasak semenjak menyertai Pasukan Simpanan Tentera Laut semasa menuntut di USM Pulau Pinang dulu.  Saya sertakan beberapa tips untuk anda merancang percutian anda ke Pulau Dayang Bunting, Langkawi bersama pakej eagle feeding dan mandi manda di Pulau Singa Besar, Langkawi.

Di mana anda boleh ambil pakej?

1. Beli online dengan agensi pelancongan


Bagi yang kembara ramai 10-30 orang sebaiknya ambil pakej online untuk mengelakkan anda terlepas trip. Saya tidak membeli secara dalam talian kerana aktiviti sebegini bergantung kepada cuaca. Risau pula kalau dah beli tapi hujan lebat. Tak dapat la guna pakej yang kita dah bayar.

2. Beli pakej di Jeti Pekan Kuah

Terdapat kira-kira 15-20 agensi pelancongan di sini dan hampir semuanya ada menawarkan pelbagai pakej untuk melawat tempat-tempat menarik di Langkawi.

3. Beli pakej di Pantai Cenang


Kalau anda menyewa hotel di Pantai Cenang mudah sahaja untuk anda dapatkan pakej ke Pulau Dayang Bunting.

4. Beli pakej di hotel tempat anda menginap


Kalau ramai, senang cara ni sebab tidak perlu memandu ke jeti untuk naik bot. Agensi pelancongan mungkin menyediakan van untuk menjemput anda sekeluarga di hotel tempat anda menginap.

Aktiviti di Pulau Dayang Bunting


Sebaik bot sampai ke jeti Pulau Dayang Bunting, anda perlu berjalan kaki kira-kira 10 minit. RM3.00 dikenakan sebagai bayaran konservasi. Pulau Dayang Bunting terpeliharan akan keindahannya kerana telah diwartakan sebagai geopark. (sorry Bali & Phuket..anda tercemar dengan tangan-tangan manusiaa yang tidak bertanggungjawab).

Berenang hingga ke tengah tasik


Tasik Dayang Bunting, Langkawi



Dinasihatkan memakai jaket keselamatan. Jaket boleh disewa di sini. Bagi kanak-kanak disediakan kolam kanak- kanak bermandi manda.

Berkayak


Aktiviti berkayak di sediakan (RM30) luar cuti sekolah mungkin harganya lebih murah


Saat yang dinanti-nanti telah tiba. Mula- mula terpinga-pinga sebab saya datang seorang. Bila saya beritahu pengusaha kayak di situ katanya dia boleh temankan & boleh tunjuk kawasan pertemuan air tawar dengan air masin. Pakej kayak RM 30. Tapi saya dapat RM 20. Muka kesian mungkin. Kene kayak laju-laju sebab masa diberi dalam pakej ke sini cuma 1 jam.

Spa kaki







Kalau saja rehat-rehat nak rendam kaki sambil buang kulit mati, ni la masanya kan. Ramai juga yang buat spa kaki ikan gigit-gigit berbanding kayak masa saya di Pulau Dayang Bunting ni.

Naik Swan


Swan Lake
Swan ni boleh naik 2 orang. Kalau terasa nak kuruskan kaki & peha anda di alu-alukan.

Outdoor adventure





Banyak lagi aktiviti yang boleh anda lakukan di sini. Bagi yang sukakan adrenalin rush boleh cuba repelling & trekking di sini.



Persediaan Fizikal


Jeti Pulau Dayang Bunting, Langkawi






Bagi yang membawa warga emas ke sini. Rasanya boleh. Kalau mereka masih larat jalan 10 minit & ada tangga dalam 20-30 anak tangga. Bawa juga makanan untuk alas perut. Tikar tak perlu bawa sebab anda boleh saja duduk atas platform kayu di tepi Tasik Dayang Bunting. Dengar2 dari brother yang temankan saya berkayak ni, ada tasik baru akan di buka di Pulau Tuba sebelah Tasik Dayang Bunting ni. Betul ke?


Masa


Pakej ni mengambil masa lebih kurang 3 jam. 1 jam di Pulau Dayang Bunting, kemudian dlm 30 minit melihat helang & 1 jam mandi manda. Bakinya perjalanan menaiki bot pergi dan balik. Kosnya rm35 seorang. Kalau nak sewa 1 bot pun boleh.

Anda Lapar?


Pastikan anda membawa sedikit bekalan makanan untuk mengalas perut memandangkan pakej Pulau Dayang Bunting-eagle feeding dan mandi manda Pulau Singa Besar ni mengambil masa kira-kira 3 jam. Saya sempat beli roti. Tapi akhirnya roti habis diberi makan kepada ikan-ikan di Pulau Singa Besar. Terdapat 1 kedai makan yang agak kecil menyediakan makanan ringan dan minuman seperti air tin di kawasan masuk ke Pulau Dayang Bunting.

Eagle Feeding

Selepas ke Pulau Dayang Bunting, bot anda akan membawa anda ke sebuah pulau untuk melihat helang. memang banyak helang di sini. Dari atas bot anda akan melihat helang terbang dan menjunam ke permukaan air untuk mendapatkan makanan. Di beritahu dahulu banyak haiwan lain seperti pelanduk akan datang mencari makanan di tepi pantai pulau sama. Walaubagaimanapun, kini ia tidak lagi kelihatan. 

Pulau Singa Besar


Mandi dan snorkelling di Pulau Singa Besar, Langkawi


Pantai Pulau Singa Besar, Langkawi


 Pantai Pulau Singa Besar, Langkawi
Jeti Pulau Singa Besar, Langkawi
Tak ada singa pun di sini. Macam yang saya katakan tadi, ianya dongeng. Kisah rakyat. Berhenti sejam di Pulau Singa Besar, Langkawi ni. Ada boleh snorkelling dan mandi manda. Pasirnya memang putih. Air nampak lebih biru kalau pancaran matahari terik. Anda boleh melihat ikan berenang-renang di sebabkan airnya yang jernih. Nasihat saya, kalau makan mohon lah sebagai warga yang prihatin kutip semula sampah/plastik makanan. Sama-sama kita menjaga keindahan Pulau Singa Besar ni.


Pulau Singa Besar, Langkawi

Selamat bercuti..!!