Kawasan air laut dan Tasik Dayang Bunting terpisah |
Berkayak di Tasik Dayang Bunting, Langkawi |
Mendekati alam semula jadi di Tasik Dayang Bunting, Langkawi |
Tasik Dayang Bunting, Langkawi |
(Lake of Pregnant Maiden-Eagle Feeding-Singa Besar Island)
Pemandangan batu kapur sebelum sampai ke Pulau Dayang Bunting, Langkawi |
Bila sebut Tasik Dayang Bunting, Langkawi pastinya dalam fikiran kita sudah mula terbayang-bayang tasik air tawar yang cantik dengan dikelilingi pulau berbentuk wanita yang sedang mengandung. Tasik ni memang cantik dan bersih. Yang paling menarik di sini anda boleh berkayak atau berjalan dengan titi yang disediakan untuk ke hujung tasik untuk melihat sendiri pertemuan antara air masin (air laut) dengan air tawar di Tasik Dayang Bunting. Untuk sampai ke Tasik Dayang Bunting anda boleh menaiki bot atau menyewa jet ski RM500 untuk meronda-ronda sepuas hati. Memandangkan Pulau Langkawi ni mempunyai 99 buah pulau, outdoor enthusiast pasti sukakan cabaran jet ski. Bucket list untuk pengembaraan seterusnya.
Bot-bot yang akan membawa anda ke Tasik Dayang Bunting |
Boleh berjalan hingga ke hujung Tasik Dayang Bunting |
...atau berkayak |
Tasik Dayang Bunting mempunyai sejarah yang tersendiri. Dikatakan pasangan yang ingin mendapatkan anak sekiranya minum air dari tasik ini akan mengandung. Itu katanya..dikatakan. orang Islam tidak boleh percaya ya. Pulau Singa Besar pula dikatakan berasal daripada singa kepunyaan lagenda gergasi yang tinggal di Langkawi.
Wajib sampai ke kawasan di mana air masin (air laut) dengan air tawar (Tasik Dayang Bunting) waktu ni gerimis mengundang la pulak. Sebab tu gambar kelam |
Hasil berkayak. Dapat lihat pantai yang cantik di hujung Tasik Dayang Bunting |
Pantai yang bersih |
Walaupun kali ni saya melancong bersendirian ke Pulau Dayang Bunting, Langkawi, niat berkayak di Tasik Dayang Bunting ni memang betul-betul rasa nak buat sebab saya memang sukakan aktiviti lasak semenjak menyertai Pasukan Simpanan Tentera Laut semasa menuntut di USM Pulau Pinang dulu. Saya sertakan beberapa tips untuk anda merancang percutian anda ke Pulau Dayang Bunting, Langkawi bersama pakej eagle feeding dan mandi manda di Pulau Singa Besar, Langkawi.
Di mana anda boleh ambil pakej?
1. Beli online dengan agensi pelancongan
Bagi yang kembara ramai 10-30 orang sebaiknya ambil pakej online untuk mengelakkan anda terlepas trip. Saya tidak membeli secara dalam talian kerana aktiviti sebegini bergantung kepada cuaca. Risau pula kalau dah beli tapi hujan lebat. Tak dapat la guna pakej yang kita dah bayar.
2. Beli pakej di Jeti Pekan Kuah
Terdapat kira-kira 15-20 agensi pelancongan di sini dan hampir semuanya ada menawarkan pelbagai pakej untuk melawat tempat-tempat menarik di Langkawi.
Kalau anda menyewa hotel di Pantai Cenang mudah sahaja untuk anda dapatkan pakej ke Pulau Dayang Bunting.
4. Beli pakej di hotel tempat anda menginap
Kalau ramai, senang cara ni sebab tidak perlu memandu ke jeti untuk naik bot. Agensi pelancongan mungkin menyediakan van untuk menjemput anda sekeluarga di hotel tempat anda menginap.
Aktiviti di Pulau Dayang Bunting
Sebaik bot sampai ke jeti Pulau Dayang Bunting, anda perlu berjalan kaki kira-kira 10 minit. RM3.00 dikenakan sebagai bayaran konservasi. Pulau Dayang Bunting terpeliharan akan keindahannya kerana telah diwartakan sebagai geopark. (sorry Bali & Phuket..anda tercemar dengan tangan-tangan manusiaa yang tidak bertanggungjawab).
Berenang hingga ke tengah tasik
Tasik Dayang Bunting, Langkawi |
Dinasihatkan memakai jaket keselamatan. Jaket boleh disewa di sini. Bagi kanak-kanak disediakan kolam kanak- kanak bermandi manda.
Berkayak
Aktiviti berkayak di sediakan (RM30) luar cuti sekolah mungkin harganya lebih murah |
Saat yang dinanti-nanti telah tiba. Mula- mula terpinga-pinga sebab saya datang seorang. Bila saya beritahu pengusaha kayak di situ katanya dia boleh temankan & boleh tunjuk kawasan pertemuan air tawar dengan air masin. Pakej kayak RM 30. Tapi saya dapat RM 20. Muka kesian mungkin. Kene kayak laju-laju sebab masa diberi dalam pakej ke sini cuma 1 jam.
Spa kaki
Kalau saja rehat-rehat nak rendam kaki sambil buang kulit mati, ni la masanya kan. Ramai juga yang buat spa kaki ikan gigit-gigit berbanding kayak masa saya di Pulau Dayang Bunting ni.
Naik Swan
Swan Lake |
Outdoor adventure
Banyak lagi aktiviti yang boleh anda lakukan di sini. Bagi yang sukakan adrenalin rush boleh cuba repelling & trekking di sini.
Persediaan Fizikal
Jeti Pulau Dayang Bunting, Langkawi |
Bagi yang membawa warga emas ke sini. Rasanya boleh. Kalau mereka masih larat jalan 10 minit & ada tangga dalam 20-30 anak tangga. Bawa juga makanan untuk alas perut. Tikar tak perlu bawa sebab anda boleh saja duduk atas platform kayu di tepi Tasik Dayang Bunting. Dengar2 dari brother yang temankan saya berkayak ni, ada tasik baru akan di buka di Pulau Tuba sebelah Tasik Dayang Bunting ni. Betul ke?
Masa
Pakej ni mengambil masa lebih kurang 3 jam. 1 jam di Pulau Dayang Bunting, kemudian dlm 30 minit melihat helang & 1 jam mandi manda. Bakinya perjalanan menaiki bot pergi dan balik. Kosnya rm35 seorang. Kalau nak sewa 1 bot pun boleh.
Anda Lapar?
Pastikan anda membawa sedikit bekalan makanan untuk mengalas perut memandangkan pakej Pulau Dayang Bunting-eagle feeding dan mandi manda Pulau Singa Besar ni mengambil masa kira-kira 3 jam. Saya sempat beli roti. Tapi akhirnya roti habis diberi makan kepada ikan-ikan di Pulau Singa Besar. Terdapat 1 kedai makan yang agak kecil menyediakan makanan ringan dan minuman seperti air tin di kawasan masuk ke Pulau Dayang Bunting.
Eagle Feeding
Selepas ke Pulau Dayang Bunting, bot anda akan membawa anda ke sebuah pulau untuk melihat helang. memang banyak helang di sini. Dari atas bot anda akan melihat helang terbang dan menjunam ke permukaan air untuk mendapatkan makanan. Di beritahu dahulu banyak haiwan lain seperti pelanduk akan datang mencari makanan di tepi pantai pulau sama. Walaubagaimanapun, kini ia tidak lagi kelihatan.
Selepas ke Pulau Dayang Bunting, bot anda akan membawa anda ke sebuah pulau untuk melihat helang. memang banyak helang di sini. Dari atas bot anda akan melihat helang terbang dan menjunam ke permukaan air untuk mendapatkan makanan. Di beritahu dahulu banyak haiwan lain seperti pelanduk akan datang mencari makanan di tepi pantai pulau sama. Walaubagaimanapun, kini ia tidak lagi kelihatan.
Mandi dan snorkelling di Pulau Singa Besar, Langkawi |
Pantai Pulau Singa Besar, Langkawi |
Pantai Pulau Singa Besar, Langkawi |
Jeti Pulau Singa Besar, Langkawi |
Pulau Singa Besar, Langkawi
Selamat bercuti..!!
|
No comments:
Post a Comment