Kuching City Tour
Bila dapat peluang ke Kuching, Sarawak. Apa yang korang plan nak buat. Bagi saya 3 hari di bandar Kuching sudah mencukupi. Xsewa kereta pun xapa. y penting kalian menyewa hotel yang letaknya di tengah-tengah bandar Kuching.
I've been to Kuching for 3 times. The latest was last januari 2015 with my family. Personally I think I wouldn't spend more than 3 days in Kuchibg City coz there're not really many activities for city girl like me. But if you plan to rent a car & book a tour to Cultural Village, the National Park or other places you might need more than only 3 days.
To-Do Activities in Kuching, Sarawak
1) Visit local handicrafts shops
(home accessories, clothes, paintings and
plenty of tribal handicrafts)
2) Popular Sarawak Layer Cake
3) Enjoying Sunset Cruise (price range depends
on the tour operators)
*I saved a lot of money when I took 12 capacity boat instead of cruise
*cruise may cost around rm80 and above
while I managed to get rm38 boat tour.
(for me the view is the same)
4) Local Museums
Sarawak Museum (nearby Merdeka Palace
Hotel is free of charge...Textile Museum too)
Jom bercuti!!! Blog perlancongan ke destinasi-destinasi menarik di Malaysia dan luar negara yang telah saya lawati. Mari ikuti pelbagai tips, gambar dan video ke tempat-tempat yang anda ingin lawati. Anda juga boleh meninjau lokasi shopping dan lokasi tempat-tempat makan yang ada di pelbagai destinasi menarik..enjoy!
Sunday, 1 January 2017
Tuesday, 29 November 2016
Poring Hot Spring, Ranau, Sabah, Malaysia
Sudah banyak kali ke Kundasang?
Apa kata kali ni cuba ke Ranau, Sabah pula. Jangan risau jalan raya semua bertar untuk sampai ke sini, tak perlu sewa 4x4.Bagi anda yang terasa nak melarikan diri dari tekanan kerja dan bawa anak-anak bercuti di kelilingi alam semulajadi, Poring Hot Spring, Sabah juga menjadi satu lokasi pilihan untuk anda lawati. Anda boleh memandu sendiri dengan berpandukan waze atau google map ke Poring Hot Spring, Sabah. Tiada gangguan internet sepanjang saya memandu ke sana. Jom tengok dulu gambar sungai yang akan menyambut anda bila anda ke Poring Hot Spring, Sabah.
![]() |
| Sungai ni sangat lebat dan deras. yang bestnya bersih dan jernih. |
![]() |
| Sungai di pintu masuk Poring Hot Spring, Sabah |
![]() |
| Antara kawasan menarik yang anda boleh terokai di Poring Hot Spring, Sabah |
![]() |
| canopy walkaway Ranau, Sabah |
Hati-hati bila bergambar takut kamera atau smartphone terjatuh ke bawah. Kalau dah jatuh dari walkaway ni niat sedekah je la phone tu kat haiwan liar yang ada. kalau cari pun xakan jumpa. Orang kampung saya kata macam finding needle in the haystack.
![]() |
| Pokok balak di kawasan Poring Hot Sping, Sabah |
Kalau anda nak tahu, pasukan pengkaji hutan National Geographic, Nov 2016 mengesahkan dan mengeluarkan data yang menyatakan hutan hujan tropika di Sabah, Malaysia mempunyai lebih dari 10 pokok balak hutan hujan tropika yang tertinggi di dunia!
Nak bawa seisi keluarga mengenali serangga pun boleh. Ruang pameran agak sederhana saiznya, tetapi masih menarik melihat kumbang-kumbang besar kat ruang pameran kawasan rekseasi Poring Hot Spring, Sabah ni.
Kumbang besar ni hampir sebesar tapak tangan. Kalau jumpa kat dalam rumah agak-agaknya apa reaksi korang?
Semoga tips dan gambar yang saya kongsikan dapat membantu anda merancang percutaian ke Sabah. Selamat bercuti!
Friday, 8 January 2016
Panduan Borong Kain dan Pakaian dari Vietnam
Memborong barang untuk perniagaan kain dan juga pakaian memerlukan banyak kajian dan perbandingan. Terutama sekali dalam mencari pembekal, mendapatkan kain seperti kain cotton Vietnam, kain pasang, baju kurung dan pakaian kanak-kanak dari Vietnam, membandingkan harga yang ditawarkan seterusnya menghantar stok pakaian dan kain dari Vietnam ke Malaysia.
Kali ke-3 berkunjung ke Vietnam pada bulan September 2015 yang lalu, tujuannya ialah untuk belajar cara memborong kain cotton dan kain pasang untuk perniagaan. Memborong kain dan pakaian dari Vietnam ke Malaysia memerlukan pengetahuan yang meluas bagi memastikan pulangan pelaburan dan pengurusan modal yang anda keluarkan berbaloi.
Cara-cara Memborong Kain/Pakaian dari Vietnam
1. Pilih dan bawa sendiri dari Vietnam
Sebelum ke Vietnam pastikan anda membeli kuota luggage yang diperlukan. Contohnya 30kg/seorang + hand carry 7kg seorang. Sekiranya check in flight berkumpulan kuota luggage akan dikira dalam kumpulan. Contohnya 4 orang×30 kg=120kg.
Sekiranya salah seorang membatalkan penerbangan anda hendaklah memastikan untuk berbelanja mengikut kuota mereka yang ikut ke Vietnam sahaja. Jika tidak charge di airport Vietnam akan dikenakan mengikut nilai US Dollar. Kain pasang agak berat timbangannya terutamanya jenis crepe dan kain cotton. Setiap kali selesai shopping, boleh semak timbangan dengan menggunakan timbang yang disediakan di hotel penginapan.
2. Whatsapp Pembekal dari Vietnam
Bagi yang sudah biasa membeli ari pembekal yang sama, anda boleh terus membuat tempahan dari pemborong kain/pakaian/tudung/jubah dari Vietnam. Mereka akan bungkus barang & pos ke Malaysia terus ke rumah anda.
3. Sistem Penggiliran
Bagi menjimatkan kos berulang alik ke Vietnam anda boleh bergilir dengan rakan kongsi/rakan untuk berkunjung ke Vietnam. Kos dapat dikurangkan kepada separuh kerana anda tidak perlu ke Vietnam setiap kali hendak mendapatkan stok barang perniagaan.
4. Shipping
Kaedah yang paling murah. Berbanding lain-lain cara memborong barang dari Vietnam. Cara shipping dari:
-menggunakan sukatan kubik meter (isipadu). Bukan bilangan helaian pakaian/kain.
-untuk untung pastikan anda ambil maksimum 1 kubik meter= +- 600 helai baju kurung. Belum ada kedai@ gudang xmenjadi masalah. Berkongsilah dengan rakan. Contohnya anda beli 300 pasang dan rakan anda beli 300 pasang. Kosnya mungkin lebih 10K.
-Penghantaran shipping terus ke rumah.
-Cukai bagi memborong dengan shipping saya xpasti. Mungkin boleh semak dengan rakan@buku panduan memborong ari Vietnam.
-charge shipping barangan borong dari Vietnam lebih kurang USD300
Bayar Deposit
Boleh. Ada kedai pakaian yang terima deposit. Anda perlu membayar 40% nilai barang Vietnam yang dibeli.
Isu duit Ringgit Jatuh
Peniaga di Vietnam masih lagi menerima duit RM. Walaubagaimanapun dari perbandingan semasa saya berkunjung ke Vietnam pada bulan Mac dengan Sept 2015, Ada perbezaan dari segi harga. Mereka menerima duit RM. Tiada masalah. Akan tetapi baju kurung pasang RM XY mungkin akan naik harga dalam +-RM5. Ya harganya tidak lagi sama. Bukan duit RM sahaja turun. Sebenarnya mata wang negara Asia Tengga juga menurun disebabkan isu yang melanda China dan US.
Cukai Kastam
Pastikan anda menyimpan resit pembelian di Vietnam. Sampai sahaja di lapangan terbang, mungkin kastam akan minta resit. Pelancong yang melancong lebih dari 4 hari kemungkinan besar tidak dikenakan cukai. Membawa 100 kg luggage Sept lepas (luggage kongsi dengan ibu dan bapa) hanya 1 troli yang ditahan untuk pemeriksaan. Ayah saya membayar RM100 cukai ketika itu.
Kad kredit VS Wang Tunai
Membawa banyak wang tunai agak merbahaya. Tapi tidak la rasa bahaya mana berjalan di Vietnam ni. Rasa selamat je. Aktifkan penggunaan kad kredit anda untuk penggunaan antarabangsa, begitu juga ATM kad. Call center seminggu sebelum anda berlepas ke Vietnam.
Pengangkutan di Vietnam
Jangan risau. Sampai sahaja di lapangan terbang Vietnam ada banyak teksi. Pastikan anda ambil teksi hijau (teksi government). Bijak membandingkan harga. Ada yang menawarkan teksi dalam harga US Dollar. Setiap kali dengar Dollar..amountnya nampak kecil. Tapi kene convert la nilainya pada RM.
Sewaktu di airport Vietnam ada yang menawarkan dollar dan kebetulan ada 1 kaunter ada promosi 170 000 Dong pergi & 170 000 Dong balik (hotel ke airport untuk hari kami balik) jika tidak harga asal untuk balik kira-kira 220 000 Dong. Dapat jimat duit tambang.
Selamat Memborong!
Tips Melancong Seorang Diri
Melancong..?
Travel..?
Book tiket..?
Cari hotel..?
Pakej murah..?
Angkat tangan kalau anda suka melancong. \(^_^)/
Melawat ke destinasi percutian idaman, pasti kita punya tujuan tersendiri. Hendak belajar budaya orang, cuba makanan baru, shopping, nak main salji, tengok pantai, panjat gunung. Kalau anda jenis yang spontaneous..alah..redah je.
Mula-mula melancong biasanya akan pergi beramai-ramai. Kalau berkumpulan dengan rakan-rakan yang sekepala memang seronok. Macam mana pula kalau dalam kumpulan tu ada yang bawa anak kecil, ada warga emas, ada yang diva. Susah.
Apa kata cuba kembara solo. Best rupa-rupanya. Itinerary ikut rasa. Tapi ada beberapa perkara penting yang anda perlu tahu sebelum mengembara bersendirian. Jom lihat 15 tips kembara solo di bawah:
Keselamatan:
1. Maklumkan keluarga
Maklumkan ahli keluarga atau saudara terdekat destinasi pelancongan, hotel tempat menginap dan sesekali dalam percutian maklumkan mereka akan lokasi anda. Supaya mereka tahu anda selamat. Beritahu maklumat penerbangan atau feri yang anda naik.
2. Keselamatan Bagasi
Pastikan bagasi anda ditag. Sekurang-kurangnya ada nama & hotel tempat anda menginap. Mana tahu tercicir, senang untuk dipulangkan.
3. Mengambil bagasi di lapangan terbang
Pastikan segera ambil dan catatkan di smartphone berapa bagasi kesemuanya. Tak salah ambil gambar kesemua luggage sebelum ada drop luggage di lapangan terbang. Segera ambil bagasi sebaik sahaja sampai di lapangan terbang.
4. Elakkan beritahu anda bersendirian
Elakkan memberitahu orang yang tidak dikenali anda kembara solo. Jika rasa tidak selesa, katakan anda sedang menunggu kawan atau ahli keluarga anda sedang membeli barang dan anda menunggu mereka.
5. Wang tunai
Elakkan membawa wang tunai yang banyak. Pilihan lain ialah kad kredit atau kad debit. Hotel anda boleh bayar dengan e-banking. Sewa kereta hanya perlu dibayar semasa anda memulangkan kereta.
6. Barang berharga
Simpan barang berharga di peti keselamatan hotel. Tips TOLEH SEMULA. nampak remeh tapi bagus. Setiap kali anda meninggalkan sesuatu tempat (turun bas, keluar restoran, turun feri, keluar teksi) TOLEH SEMULA. Periksa ada barang tercicir atau tidak.
7. Barang kemas
Semasa kembara solo elakkan memakai terlalu banyak barang kemas. Anda menarik perhatian si pencuri atau mungkin ada risiko tercicir.
8. Pasport/kad pengenalan diri/borang imigresin
Simpan di tempat yang selamat. Buat 1 salinan dan simpan di beg yang berlainan. Pastikan pasport telah diperbaharui (6 bulan sebelum tamat tempoh). Hal ini tida kompromi.
9. Di lapangan terbang
Sentiasa perhatikan beg anda. Mana la tahu ada yang tersalah ambil beg. Juga hati-hati agar tiada sesiapa menyelitkan apa-apa ke dalam poket beg anda. Mana la tahu yang diselitkan tu paket dadah. Hal ini serius kerana hukuman mati bagi kesalahan menyeludup dadah seperti di Singapura, Indonesia (terutamanya di Bali) dan China dan banyak lagi negara lain. Bawa saja luggage masuk ke tandas sebab anda bersendirian jangan minta orang tolong jagakan luggage anda.
Menjadikan percutian anda bermakna
10. Rancang aktiviti
Kembara solo membolehkan anda meneroka secara maksimum destinasi percutian idaman. Tidak perlu tunggu orang. Tidak perlu persetujuan majoriti. Just hop in. Guna google/tripadvisor/waze/peta/tanya orang tempatan
"Restoran seafood paling best kat mana?"
"Mana tempat shopping yang paling murah?"
"Macam mana nak ke Pulau XY?"
11. Menaiki pengangkutan awam
Bagi sesetengah negara, pengangkutan awamnya sangat efisien dan murah. Bila landing di airport Paris contohnya, teksi lebih mahal harganya. Rajin-rajin bandingkan pengangkutan yang ada. Kalau di Vietnam mungkin anda boleh kongsi teksi dengan backpackers yang lain ke bandar Ho Chi Minh.
12. AirBnb
Yang ini murah. Lebih murah berbanding hotel. Adakalanya kita tidak memerlukan gym dan kolam renang hotel. Jadi kenapa bayar lebih..? Murahnya sampai menginap seminggu di tengah kota Paris dengan kos RM1500.00 sahaja. Bed & breakfast boleh anda cuba kalau nak melancong ke eropah.
13. Scam City
Rajin-rajin tonton rancangan Scam City terbitan National Geographic (saya tonton Scam City New York/India/Turki) & Lock Up Abroad. Banyak yang boleh dipelajari sebelum anda melancong.
14. Kamera
Paling penting bawa kamera. Jangan lupa cas atau bawa bateri@gunakan saja smartphone. Bila kembara solo tak ada kawan nak tangkapkan gambar. Minta tolong orang boleh. Tapi hati2 ya. Paling senang selfie je.
15. Tips dari pengembara lain
Wujudkan atau sertai whatsapp@fb@ig@blog kaki-kaki travel yang dah pernah sampai tempat yang anda nak pergi. Tanya mereka tentang cuaca, budget, tempat-tempat menarik dan lokasi shopping. Sharing is caring right?
It's time to book your ticket, pack your bags & go!!
Juga boleh rujuk di sini:
http://libur.karangkraf.com/mobile/ekspedisi/tip-untuk-pengembaraan-solo-pertama-kali-1.237638
Wednesday, 16 December 2015
Pulau Dayang Bunting, Langkawi
![]() |
| Kawasan air laut dan Tasik Dayang Bunting terpisah |
![]() |
| Berkayak di Tasik Dayang Bunting, Langkawi |
![]() |
| Mendekati alam semula jadi di Tasik Dayang Bunting, Langkawi |
![]() |
| Tasik Dayang Bunting, Langkawi |
(Lake of Pregnant Maiden-Eagle Feeding-Singa Besar Island)
![]() |
| Pemandangan batu kapur sebelum sampai ke Pulau Dayang Bunting, Langkawi |
Bila sebut Tasik Dayang Bunting, Langkawi pastinya dalam fikiran kita sudah mula terbayang-bayang tasik air tawar yang cantik dengan dikelilingi pulau berbentuk wanita yang sedang mengandung. Tasik ni memang cantik dan bersih. Yang paling menarik di sini anda boleh berkayak atau berjalan dengan titi yang disediakan untuk ke hujung tasik untuk melihat sendiri pertemuan antara air masin (air laut) dengan air tawar di Tasik Dayang Bunting. Untuk sampai ke Tasik Dayang Bunting anda boleh menaiki bot atau menyewa jet ski RM500 untuk meronda-ronda sepuas hati. Memandangkan Pulau Langkawi ni mempunyai 99 buah pulau, outdoor enthusiast pasti sukakan cabaran jet ski. Bucket list untuk pengembaraan seterusnya.
![]() |
| Bot-bot yang akan membawa anda ke Tasik Dayang Bunting |
![]() |
| Boleh berjalan hingga ke hujung Tasik Dayang Bunting |
![]() |
| ...atau berkayak |
Tasik Dayang Bunting mempunyai sejarah yang tersendiri. Dikatakan pasangan yang ingin mendapatkan anak sekiranya minum air dari tasik ini akan mengandung. Itu katanya..dikatakan. orang Islam tidak boleh percaya ya. Pulau Singa Besar pula dikatakan berasal daripada singa kepunyaan lagenda gergasi yang tinggal di Langkawi.
![]() |
| Wajib sampai ke kawasan di mana air masin (air laut) dengan air tawar (Tasik Dayang Bunting) waktu ni gerimis mengundang la pulak. Sebab tu gambar kelam |
![]() |
| Hasil berkayak. Dapat lihat pantai yang cantik di hujung Tasik Dayang Bunting |
![]() |
| Pantai yang bersih |
Walaupun kali ni saya melancong bersendirian ke Pulau Dayang Bunting, Langkawi, niat berkayak di Tasik Dayang Bunting ni memang betul-betul rasa nak buat sebab saya memang sukakan aktiviti lasak semenjak menyertai Pasukan Simpanan Tentera Laut semasa menuntut di USM Pulau Pinang dulu. Saya sertakan beberapa tips untuk anda merancang percutian anda ke Pulau Dayang Bunting, Langkawi bersama pakej eagle feeding dan mandi manda di Pulau Singa Besar, Langkawi.
Di mana anda boleh ambil pakej?
1. Beli online dengan agensi pelancongan
Bagi yang kembara ramai 10-30 orang sebaiknya ambil pakej online untuk mengelakkan anda terlepas trip. Saya tidak membeli secara dalam talian kerana aktiviti sebegini bergantung kepada cuaca. Risau pula kalau dah beli tapi hujan lebat. Tak dapat la guna pakej yang kita dah bayar.
2. Beli pakej di Jeti Pekan Kuah
Terdapat kira-kira 15-20 agensi pelancongan di sini dan hampir semuanya ada menawarkan pelbagai pakej untuk melawat tempat-tempat menarik di Langkawi.
Kalau anda menyewa hotel di Pantai Cenang mudah sahaja untuk anda dapatkan pakej ke Pulau Dayang Bunting.
4. Beli pakej di hotel tempat anda menginap
Kalau ramai, senang cara ni sebab tidak perlu memandu ke jeti untuk naik bot. Agensi pelancongan mungkin menyediakan van untuk menjemput anda sekeluarga di hotel tempat anda menginap.
Aktiviti di Pulau Dayang Bunting
Sebaik bot sampai ke jeti Pulau Dayang Bunting, anda perlu berjalan kaki kira-kira 10 minit. RM3.00 dikenakan sebagai bayaran konservasi. Pulau Dayang Bunting terpeliharan akan keindahannya kerana telah diwartakan sebagai geopark. (sorry Bali & Phuket..anda tercemar dengan tangan-tangan manusiaa yang tidak bertanggungjawab).
Berenang hingga ke tengah tasik
![]() |
| Tasik Dayang Bunting, Langkawi |
Dinasihatkan memakai jaket keselamatan. Jaket boleh disewa di sini. Bagi kanak-kanak disediakan kolam kanak- kanak bermandi manda.
Berkayak
![]() |
| Aktiviti berkayak di sediakan (RM30) luar cuti sekolah mungkin harganya lebih murah |
Saat yang dinanti-nanti telah tiba. Mula- mula terpinga-pinga sebab saya datang seorang. Bila saya beritahu pengusaha kayak di situ katanya dia boleh temankan & boleh tunjuk kawasan pertemuan air tawar dengan air masin. Pakej kayak RM 30. Tapi saya dapat RM 20. Muka kesian mungkin. Kene kayak laju-laju sebab masa diberi dalam pakej ke sini cuma 1 jam.
Spa kaki
Kalau saja rehat-rehat nak rendam kaki sambil buang kulit mati, ni la masanya kan. Ramai juga yang buat spa kaki ikan gigit-gigit berbanding kayak masa saya di Pulau Dayang Bunting ni.
Naik Swan
![]() |
| Swan Lake |
Outdoor adventure
Banyak lagi aktiviti yang boleh anda lakukan di sini. Bagi yang sukakan adrenalin rush boleh cuba repelling & trekking di sini.
Persediaan Fizikal
![]() |
| Jeti Pulau Dayang Bunting, Langkawi |
Bagi yang membawa warga emas ke sini. Rasanya boleh. Kalau mereka masih larat jalan 10 minit & ada tangga dalam 20-30 anak tangga. Bawa juga makanan untuk alas perut. Tikar tak perlu bawa sebab anda boleh saja duduk atas platform kayu di tepi Tasik Dayang Bunting. Dengar2 dari brother yang temankan saya berkayak ni, ada tasik baru akan di buka di Pulau Tuba sebelah Tasik Dayang Bunting ni. Betul ke?
Masa
Pakej ni mengambil masa lebih kurang 3 jam. 1 jam di Pulau Dayang Bunting, kemudian dlm 30 minit melihat helang & 1 jam mandi manda. Bakinya perjalanan menaiki bot pergi dan balik. Kosnya rm35 seorang. Kalau nak sewa 1 bot pun boleh.
Anda Lapar?
Pastikan anda membawa sedikit bekalan makanan untuk mengalas perut memandangkan pakej Pulau Dayang Bunting-eagle feeding dan mandi manda Pulau Singa Besar ni mengambil masa kira-kira 3 jam. Saya sempat beli roti. Tapi akhirnya roti habis diberi makan kepada ikan-ikan di Pulau Singa Besar. Terdapat 1 kedai makan yang agak kecil menyediakan makanan ringan dan minuman seperti air tin di kawasan masuk ke Pulau Dayang Bunting.
Eagle Feeding
Selepas ke Pulau Dayang Bunting, bot anda akan membawa anda ke sebuah pulau untuk melihat helang. memang banyak helang di sini. Dari atas bot anda akan melihat helang terbang dan menjunam ke permukaan air untuk mendapatkan makanan. Di beritahu dahulu banyak haiwan lain seperti pelanduk akan datang mencari makanan di tepi pantai pulau sama. Walaubagaimanapun, kini ia tidak lagi kelihatan.
Selepas ke Pulau Dayang Bunting, bot anda akan membawa anda ke sebuah pulau untuk melihat helang. memang banyak helang di sini. Dari atas bot anda akan melihat helang terbang dan menjunam ke permukaan air untuk mendapatkan makanan. Di beritahu dahulu banyak haiwan lain seperti pelanduk akan datang mencari makanan di tepi pantai pulau sama. Walaubagaimanapun, kini ia tidak lagi kelihatan.
![]() |
| Mandi dan snorkelling di Pulau Singa Besar, Langkawi |
![]() |
| Pantai Pulau Singa Besar, Langkawi |
![]() |
| Pantai Pulau Singa Besar, Langkawi |
![]() |
| Jeti Pulau Singa Besar, Langkawi |
![]() |
| Pulau Singa Besar, Langkawi
Selamat bercuti..!!
|
Labels:
Langkawi
Location:
Pulau Dayang Bunting, Kedah, Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)




































