Ben Thanh Market
Ben Thanh Market terletak di tengah-tengah bandar Ho Chi Minh. Ia merupakan pusat perniagaan yang menempatkan kedai-kedai menjual tekstil, kraftangan tempatan, beg, aksesori hiasan dalaman dan makanan tempatan. Ben Thanh Market hanya dibuka pada waktu pagi dan ianya tutup pada sebelah malam. Kalau rasa nak shopping pada sebelah malam, anda boleh kunjungi pasar malam di sekitar lokasi Ben Thanh Market itu sendiri. Kami ke sana dengan diiringi oleh pemandu pelancong yang juga merupakan sorang ustaz (Ustaz jarang menipukan). Katanya harga yang ditawarkan di Ben Than Market Market lebih murah berbanding dengan Pasar Malam dan Chinatown. Jadi kami mengambil keputusan membeli belah pada waktu siang dan bersiar-siar mencuci mata pada waktu malam.
Seperti di kebanyakan tempat anda lawati, sila berhati-hati dengan penyeluk saku. Bila di tempat yang sesak begini apa-apa sahaja juga boleh berlaku. Ben Thanh Market ni xbegitu sesuai untuk kanak-kanak. Hati-hati kepada yang membawa kanak-kanak. Adakalanyanya terdapat bau yang tidak menyenangkan akibat sistem saliran yang tidak baik. Selain daripada semua yang dinyatakan di sini, Ben Thanh Market seronok dikunjungi bagi yang gemar bershopping dan cekap tawar menawar.
|
Kedai kain dalam Ben Thanh Market, Vietnam |
Tips
Memilih Kain Cotton
Terdapat
pelbagai pilihan kain cotton, daripada Vietnam cotton, Japanese Cotton dan
English cotton. Kain cotton ni selesa dipakai dengan cuaca di Malaysia, menyerap
peluh dan selesa dipakai. Sewaktu memilih kain pastikan kain yang dipilih
berkualiti dan tidak rosak. Semasa pekedai memotong kain pastikan anda
perhatikan mereka. Takut mereka potong kain dengan ukuran yang salah dan mereka
potong kain yang kita tak pilih. Selain kain cotton terdapat pelbagai lagi pilihan kain seperti kain silk Vietnam.
Memang
perlu bersangka baik, xsemua peniaga begitu, tapi xsalah berhati-hati sebab
kita yang bayar. Design kain terpulang pada mata masing-masing. Pada kunjungan
yang akan datang saya merancang untuk pergi ke sini dan menginap selama 2 hari
sahaja. Sesetengah pemborong kain balik hari sahaja. Yang penting dapat
shopping kan. Kalau terlalu banyak kain yang dibeli, boleh sahaja menggunakan
perkhidmatan menghantar barang ke Hotel penginapan. Kalau beli pasang kain pun
dh terasa beratnya. Yang pergi bersama suami dan anak-anak lelaki yang gagah
perkasa boleh sahaja mereka tolong angkat barang-barang yang mak beli, selesai
masalah.
Selain kain cotton dan silk, anda juga boleh membeli belah pelbagai jenis baju kurung siap dan telekung pada harga yang berpatutan. Sewaktu membeli belah, periksa kualiti kain atau baju yang hendak dibeli. Sewaktu membeli telekung pula, periksa sama ada terdapat kerosakan dan pastikan warna telekung dengan kain telekung adalah sama. Kalau dah balik Malaysia memang xboleh nak tukar la kan.
|
Kedai Kain di Vietnam |
Tips Tawar Menawar Harga Kain Cotton/ Silk
Kebanyakan mereka boleh bertutur bahasa Melayu. Saya cuba mendapatkan harga semurah mungkin. Kalau rasa xmahu beli ada baiknya jangan tawar menawar (kalau xkena tarik tangan dan xlepas, korg kene maki dengan percuma). Tawaran harga boleh dilakukan sehingga 70% dari harga dipaparkan. (Kalau di China 80%).
Dialog nak harga murah:
“Kakak Cantik boleh bagi murah tak, saya nak balik petang ni. Duit tinggal sikit”
“Mahal la, saya boleh dapat harga ni kat Malaysia.”
“Kalau saya dengan kawan saya beli di sini, kamu bagi murah x.”
“Bagi la murah sikit, jangan bagitau bos.”
Kan…kalau xdapat terus saja ke kedai yang lain. Masih banyak pilihan. Kalau betul pekedai tu nak jual mereka akan kejar kita dan bagitau kita boleh bincang balik harga. Taktik sama kitaorang guna masa kat China =) Tapi kalau kat butik jangan pulak buat macamni. xda harapan dapat.
|
Kedai Kain di Vietnam |
Sewaktu
Membayar
Setelah
kain yang dipilih dipotong, pastikan mereka memasukkan kain yang betul sebelum
dibungkus. Nanti kain lain yang dipilih kain lain pula yang dibawa balik ke
hotel. Urus niaga boleh menggunakan matawang Dong atau Ringgit Malaysia. Kadar
tukaran yang kita gunakan di Malaysia xsama dengan yang digunakan oleh pekedai
di sana. (Adakalanya berbeza 0.2-0.5
kalu shopping banyak, beza banyak la duit yang perlu dibayar). Decide
dulu kalian nak menggunakan Dong atau Ringgit Malaysia. Kalau dah kehabisan matawang
Vietnam, Dong, boleh saja beritahu nak bayar guna Ringgit Malaysia. Hampir
kesemua kedai yang saya kunjungi menerima urusniaga dengan Ringgit Malaysia.
Berat
Luggage
Biasa
la kaum hawa kalau bab shopping kain memang rambang mata. Bila packing beg nak
balik baru sedar dah terlebih kuota luggage. Setiap hotel berdekatan Pasar Ben Thanh menyediakan timbang (ala-ala
timbang ayam) untuk kegunaan kita. Jadi sebelum bertolak pulang, pastikan anda
periksa berat luggage masing-masing. Kami menaiki penerbangan Jet Star dengan kuota luggage 20 kg untuk kargo dan 10
kg untuk hand carry. Semasa menimbang di hotel pastikan luggage 2 kg kurang
dari had ditetapkan. Maklum la, timbang pun timbang cap ayam, dah tu ramai
pulak yang guna. Ada kemungkinan timbangan masa di hotel dan airport xsama. Sekiranya
berat luggage terlebih, bayaran di
airport menggunakan Dollar US. Sudah lah duit poket dah habis bershopping, kene
pula bayar extra weight. (xseronok kan)
Cenderahati
dan T-shirt di Vietnam
Bila
dah berjalan mesti nak beli buah tangan dari Vietnam. Kalau anda mencari
T-shirt Hard Rock Café Vietnam original ada dijual. yang pasti bukan di sini la. Harga standard price. Tapi
kalau anda mencari T-shirt HRC yang murah2, boleh saja dibeli pada harga RM 5. Banyak
kedai sama ada di pasar malam, Ben Thanh Market atau di kedai-kedai berdekatan
dengan Sungai Mekong. Ada sebuah kedai berhampiran jeti menjualnya pada harga
RM4.50 sehelai. Banyak lagi cenderahati yang boleh dipilih, selain T-shirt,
seluar jeans, topi, beg tangan, beg duit dan aksesori hiasan dalaman juga boleh
didapati di sini.
|
Pemandangan di jalan raya di sekitar Vietnam (yang beli kereta mmg org betul2 kaya, xda loan kereta kat sini) |
Penginapan
Berdekatan Ben Thanh Market
Sebaiknya
sewa hotel yang berdekatan dengan Pasar Ben Thanh supaya memudahkan misi
memborong kain di sana. Terdapat banyak hotel yang selesa yang biasanya penuh
dengan rakyat Malaysia terutamanya pada musim cuti sekolah. Pusing 360 darjah
rakyat Malaysia ada di mana-mana (dah serupa macam kat Malaysia pulak). Bila
lokasi berdekatan nak pergi pagi, petang atau malam xda masalah. Nak balik
berehat kemudian sambung shopping semula pun boleh. Maklum la kaki lenguh sebab
pusing satu Pasar Ben Thanh memburu kain cotton.
Kopi Susu Vietnam
Setelah kering tekak bershopping apa kata anda cuba kopi susu ni. Harganya RM 6. Makanan dan minuman memang agak mahal di sini. (Kain ela murah la). Rasanya hampir sama dengan kopi yang saya minum di Lombok. Mungkin cara buatan tradisional yang digunakan.