Pantai Gili berhadapan dengan Pulau Lombok Gili Beach in front of Lombok Island |
Info Pulau Gili:
Jarak antara Pulau Gili dengan Pulau Lombok kira-kira 15-20 minit dengan menaiki bot. Pulau peranginan ni popular dalam kalangan pelancong eropah. (Banyak la korg nampak paus berjemur kat sini). Banyak pilihan untuk penginapan dan cafe melepak tepi pantai. Pulau Gili boleh dikunjungi dengan menaiki bot dari Pulau Lombok atau Pulau Bali. Bersebelahan Pulau Gili ada 2 buah lagi pulau kecil syurga snorkelling iaitu Pulau Gili Trawangan dan Pulau Gili Air.
(You can go to this beautiful island from Lombok or Bali. There are 3 small islands here: Gili Island, Gili Trawangan Island and Gili Air Island)
Pantai Gili dengan air sejernih kristal Gili's beach with crystal clear water |
Pengangkutan di Gili/ Transportation:
Tiada kenderaan bermotor di Gili, motor pun xda. Pam mingak lagi la xada. Basikal boleh disewa pada harga Rp40 000. sehari suntuk. Selain basikal, ada juga perkhidmatan kereta kuda. Semasa ke sana dengan Geng Chakchibor, backpack kami naik kereta kuda, kami naik kaki untuk sampai ke chalet. Pengalaman berbeza bila meronda pulau dengan menaiki basikal.
Makanan Halal di Gili/ Halal Food:
Makanan halal xmenjadi masalah di Pulau Gili. Pulau Gili-Lombok terdiri daripada 90% penduduk Islam. Pada waktu malam akan ada medan ikan bakar dengan pilihan makanan laut yang segar. Nasi padang dan jus alpukat (Jus Avokado+coklat cair) memang wajib di cuba. Thanks to Kak Yana yang memperkenalkan minuman istimewa ni.
(Halal food is not an issue here. Lombok Island and Gili Island consist of 90% muslim. You can enjoy fresh seafood at grill seafood area)
Pemandangan tengahari di Pulau Gili Gili's afternoon view |
Air sejernih kristal di Pulau Gili Crystal clear water in Gili Island |
Kalau perhatikan dalam gambar ni, ada nampak ombak. Di kawasan inilah peminat sukan air meluncur ombak.
(Surfing is one of the activities you can do in Gili Island)
Pemandangan dari Pulau Lombok sebelum bertolak ke Gili View from Lombok Island before we departed to Gili Island |
Air Jernih/ Crystal Clear Water:
Bila sampai di pantai Lombok untuk menuju ke Pulau Gili, macam xpercaya tempat macamni masih da. Airnya jernih bagai kaca. Bot-bot yang ada seolah-olah terapung atas air.
(I am proud to see pristine environment. Rubbish can hardly being seen in this area. unlike certain islands, you can spot plastic and bottles floating everywhere)
Pemandangan dari Pulau Lombok sebelum bertolak ke Gili View from Lombok Island before we depart to Gili Island |
Pantai Pulau Gili Gili Island's beach |
Pantai Pulau Gili Gili Island's beach |
Peralatan menyelam untuk disewa Snorkelling gear for rental |
Dengan air yang jernih macam kristal, sapa yang xsnorkelling memang rugi. Kami menaiki bot dan berhenti di 3 tempat yang banyak batu karang. 3 kali bertemu dengan penyu yang tengah mencari makanan di celah-celah batu karang. Bot dengan lantai berkaca membolehkan kami melihat dasar laut. Bagi peminat aktiviti snorkelling dan diving, Pulau Gili memang sesuai untuk korg. Kursus diving juga ada disediakan di sini.
(You can rent snorkelling gear here. Diving lesson is also available. I saw 3 turtles when I was here)
Tempat penginapan kami di Pulau Gili Our accomodation in Gili Island |
Kami menginap selama 1 hari. Dengan kelajuan internet yang mengagumkan, boleh la update status dah share gambar. Sarapan lempeng pisang dan roti bakar (makan banyak) sebelum pergi snorkelling.
(Gili offers wide range of accomodation and we stayed here for a day for our island hopping)
Kesimpulan:
Pulau Gili memang sesuai untuk berehat-rehat sambil menikmati pemandangan pantai yang cantik. Untuk ke sana anda boleh ambil pakej dari Pulau Bali-Pulau Gili atau Pulau Lombok-Pulau Gili.
(Gili is worth a visit and it offers amazing experience for you and your family)
No comments:
Post a Comment