Sunday 6 September 2015

Tips Kumpul Duit Untuk Melancong

Cara kumpul duit untuk melancong

Photo: Google
Photo: Google

Ramai dalam kalangan kita yang menyimpan impian nak bermain salji Korea, melawat ke pulau-pulau eksotik seperti Lombok atau Palawan di Filipina dan bersiar-siar di tengah bandar-bandar moden seperti Hong Kong, London dan Paris. Halangan utama nak melancong pastinya duit kan.. Mustahil..? Rasanya tidak.


Alhamdullilah, dengan izin Allah, dalam masa 4 tahun saya telah dapat mengunjungi tempat-tempat seperti Bali, Lombok, Vietnam, Hong Kong, Beijing, Shenzhen, Guangzhou, Korea Selatan dan yang paling dekat, Singapura. Dulu xpernah merasa naik kapal terbang, pertama kali naik kapal terbang terus sampai ke China dan Hong Kong pada tahun 2012. Zaman sekolah dulu nak ikut rombongan darjah 6 ke KL pun duit RM60 tu xmampu.

Bagi yang gemar melancong atau merancang untuk melancong ke luar negara, mari saya kongsikan 15 cara mengumpul duit untuk melancong.


1) Menabung

Photo: Google

Kalau tak menabung mana nak cukup duitkan. Yang ini perlu disiplin yang kuat dan kawal nafsu berbelanja yang bukan-bukan seperti tukar smartphone setiap tahun atau beli kasut tiap-tiap bulan. Sediakan 1 tabung khas untuk melancong ke destinasi percutian idaman. Kalau sudah berkeluarga elok bersama-sama menetapkan sasaran jumlah tabungan supaya suami/isteri dan anak-anak dapat bersama-sama berjimat cermat.


2) Main kutu

Untuk ke Hong Kong, Shenzhen dan Guangzhou (kali pertama) melancong, saya mengumpul wang dengan bermain kutu. Kos pada masa tu kira-kira RM2400. Anda boleh mengumpul wang dengan konsisten kerana akan ‘terpaksa bayar’ duit kutu tersebut.

3) Promosi Tiket Penerbangan

Photo: Google

Rajin-rajin la semak harga tiket kapal terbang. Mana la tahu dapat ke Bandung dengan tiket RM60..ataupun Maldives pada harga yang ‘wow...murah!’ Membeli tiket kapal terbang antara perbelanjaan terbesar selain penginapan di hotel. Oleh itu anda dapat menggunakan duit yang telah dikumpul untuk kegunaan lain seperti membeli tiket tren atau membeli cenderamata semasa melancong.

4) Jimatkan kos luggage

Photo: Google
Adakalanya kita rasa semua benda penting. Mesti bawa masa melancong. Ini akan meningkatkan kos pengangkutan kapal terbang. Ada kalanya kita boleh berkongsi telekung, membawa pakaian suai padan ‘mix & match’ atau membawa bekas sabun mini untuk mengisi pencuci muka, syampu dan sebagainya. Cara begini dapat menjimatkan wang dan memudahkan pergerakan semasa melancong.

5) Jimat duit makan

Pernah dengar nasihat ‘kurangkan makan diluar’..? Saya xakan cakap tentang ini. 

Saya maksudkan kalau hendak mengumpul duit untuk melancong, kurangkan pembaziran makanan di rumah. Berjimat cermat di bazaar Ramadan, bijak semasa membeli barang dapur agar tidak berakhir di tong sampah. Puasa kan sebulan. Sehari beli 1 makanan berat dan 1 jenis pencuci mulut kan cukup. Fikir balik. Makanan yang kita buang tu sama la macam kita buang duit. Siapa yang selalu buang kuih raya? Lepas habis raya sebulan, kuih masih banyak. Kuih kan mahal zaman sekarang ni. Jadi kenapa beli kemudian buang?Bawa air masak dari rumah juga menjimatkan berbanding membeli air mineral di luar.

6) Aktivi hujung minggu percuma

“Free..? Ada ke benda free zaman sekarang..?” ADA. Saya pernah menonton konsert penyanyi M. Nasir percuma..menonton teater percuma..aerobik percuma. Rajin-rajin semak aktiviti di sekitar sekitar 
kediaman anda. Minum percuma (g Jom Heboh dan minum semua air free dalam cup yang dorg bagi tu..Jom Heboh Penang masa tu). Saya senaraikan aktiviti hujung minggu percuma yang boleh mambantu anda menjimatkan duit untuk melancong:

·         Program aerobik di taman-taman rekreasi
·         Menonton persembahan kebudayaan
·         Menonton perlawanan bola sepak di layar gergasi
·         Menyertai aktiviti-aktiviti amal seperti gotong royong atau menderma darah
·         Tiket percuma ke Legoland (kumpul keratan kepala akhbar)
·         Piknik di taman rekreasi bersama keluarga
·         Main badminton di taman-taman berbanding menempah gelanggang
·         Membawa keluarga ke perpustakaan awam
·         Melawat muzium (sesetengah muzium xkenakan bayaran masuk)
·         Pemeriksaan tekanan darah percuma
·         Menonton filem di rumah sambil masak makan malam istimewa
·         Pameran lukisan dan kraf percuma
·         Aktiviti berbasikal di hujung minggu (KL ada ni)
·         Pameran kereta/superbike/auto show

7) Jimat duit beli buku atau surat khabar

Adakalanya kita boleh berjimat dengan cara membeli buku terpakai (ada kedai buku 2nd hand di Georgetown) atau bertukar-tukar buku dengan kawan. Mengunjungi perpustakaan dan menjadi menjadi ahli juga akan menjimatkan duit. Surat khabar..? Saya baca online je sekarang ni. Duit dapat dijimatkan dan digunakan untuk menambah tabungan untuk melancong kemudian hari.

8) Guna duit dividen ASB

Sewaktu ke Korea saya berkongsi penginapan dengan Kak Ana, bekas kerani yang sekarang telah bersara. Sudah 2 kali bertemu dengannya di Korea & Guangzhou dan bila ditanya cara dia kumpul duit untuk melancong ialah dengan menggunakan dividen ASB diterimanya untuk melancong.

9) Kerja Part-time

Bagi yang bujang masa yang terbuang boleh digunakan untuk menambah duit untuk melancong. Fotografi, rekaan grafik, video editing, tutor, cikgu tuisyen, translator, babysitting sampai ke jual kerepek part time pun boleh dapat duit. Ada kawan yang mampu mengumpul RM500 sekali order untuk jualan kerepek pada kawan-kawan pejabat. Insya Allah rezeki ada di mana-mana. Saya pernah mengajar tuisen BI pada sepupu dan dibayar RM500 ditambah RM100 duit minyak. Saya belanja diri sendiri RM100 dan bakinya saya simpan. 

10) Berniaga Online dan Offline

Trend zaman sekarang peniaga online dari cup cake hingga ke baju tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Rezeki dari meniaga dapat digunakan untuk melancong ke luar negara.

11) Sertai Carboot Sale

Macam-macam boleh dijual masa carboot sale. Kalau xnak keluarkan modal cari barang, jual saja baju-baju kurung lama atau baju kanak-kanak yang anak-anak anda xgunakan lagi. Keuntungan yang anda dapat adalah keuntungan bersih sebab jual baju sendiri. Kalau ada buku-buku lama dan majalah, boleh juga dijualkan semula untuk menjana pendapatan. Jangan malu berniaga. Kumpul duit tersebut dan gunakan sebahagiannya untuk melancong.

12) Anjurkan kelas

Photo: Google

Siapa kat sini suka memasak..? 

Masa ni la kemahiran boleh menjanakan wang. Kelas memasak, kelas buat roti dan kek, kelas jahitan, kelas jahitan manik, kelas fotoshop, kelas fotografi, kelas bahasa Inggeris, kelas kraf untuk kanak-kanak. Kelass kau Jah...! Alhamdulillah, saya pernah menerima bayaran RM300 sejam untuk mengajar murid sekolah di UTM Skudai. (upah masa tu RM600, duit minyak RM100). Dengan RM700 tu cepat la dapat kumpul duit untuk melancong.

13) Euro, Yen, Dollar, Rupiah..duit..duit..duit

Photo: Google
Setelah membuat pilihan destinasi. Pastikan anda menukarkan duit pada matawang negara yang ingin dilawati semasa kadar tukaran mata wang yang rendah. Adakalanya destinasi yang ingin dilawati telah dipilih setahun lebih awal. Oleh itu, tukar matawang RM ke matawang asing pada waktu yang tepat. Kawan-kawan ‘sekapal’ merancang untuk ke New Zealand pada penghujung 2016. Bila dah pilih destinasi, perancangan awal pun kita dah boleh buat. 

14) Jaga Kesihatan

Bunyi macam xda kene mengena tapi percaya la, kos perubatan yang tinggi akan mengganggu perancangan untuk mengumpul duit untuk melancong. Contohnya kalau anda sakit gigi, kos mencabut gigi mungkin mencecah RM150 sebatang gigi. Untuk berjimat rajin-rajin la gosok gigi. Ditakdirkan sakit jugak, pergi lah ke klinik kerajaan kerana ianya lebih menjimatkan (itu pun kalau sanggup menunggu lama). Sekiranya anda demam/selsema kos sekali rawatan mungkin mencecah RM30-RM40. Bayangkan kalau setahun 4 kali demam (RM40x40) kosnya mencecah RM160. 

15) Saluran TV percuma

Sebahagian dari kita yang bekerja, balik kerja pulak sangkut dalam kesesakan jalan raya. Bila sampai rumah penatnya (energy bar hampir zero kan)..memang xada masa nak menonton TV. Membayar stesen TV berbayar dengan kos RM50-RM150 sebulan memang suatu pembaziran. (RM50X12 bulan= RM 600 setahun). Nampak x duit RM600 tu boleh beli tiket kapal terbang. Langkah ini dapat membantu anda untuk mengumpul duit untuk masa kecemasan juga dapat digunakan untuk melancong ke destinasi idaman.

Photo: Google

Diharapkan tips tentang cara-cara kumpul duit untuk melancong dapat memberikan anda idea untuk mendapatkan sumber kewangan untuk melancong. Semoga impian anda untuk melancong tercapai.

p/s: Untuk ke London/Paris atau Venice  sebaiknya belajar ilmu yang lebih advance seperti pelaburan hartanah, sewaan hartanah  atau memulakan perniagaan secara serius. Insya Allah xmustahil anda berselfie depan Eiffel Tower atau bergambar naik gondola dengan wajah tersenyum riang. Jalan mudahnya..kawin saja dengan orang kaya =)



No comments:

Post a Comment