Friday, 3 March 2017

Tips Melancong ke Hong Kong



Hong Kong, a vibrant city, densely populated urban centre and a global financial hub with skyscraper and studded skyline.

Bagi yang gemar percutian urban, Hong Kong mungkin menjadi pilihan anda. Melancong ke Hong Kong sambil menikmati pemandangan waterfront dengan pemandangan bangunan-bangunan pencakar langit dan hub perniagaan global memang mengujakan. Tim Sha Shui Promenade, Kowloon menyajikan pemandangan bangunan pencakar langit yang dihiasi lampu. Hong Kong terkenal dengan Victoria Harbour yang sibuk dengan laluan kapal dan bot sepanjang masa. 



Hong Kong Night Cruise

Pemandangan di waktu malam dan siang yang sangat berbeza di sini. Kami tiba seawal pagi dan terus ke Disneyland, Hong Kong. Sepanjang perjalanan kebanyakkan lebuh raya di Hong Kong terbina di lereng bukit menyajikan pemandangan laut di sebelahnya. Laut pemisah antara bahagian-bahagian penting Hong Kong dilalui oleh kapal-kapal besar sepanjang masa. Ada kesempatan, boleh mencuba Harbour Cruise, Hong Kong dan The Hong Kong Observation Wheel (seperti London Eye dan Singapore Flyer). Anda boleh lihat keseluruhan pusat perniagaan dan bandar Hong Kong dengan cara ini. 

Hong Kong

Hong Kong road view

Antara Top Ten tempat menarik di Hong Kong:
  1. The Peak (menaiki tram ke puncak tertinggi Hong Kong)
  2. Avenue of Stars (mengenali Asia Movie industry)
  3. Hong Kong Disneyland
  4. Ladies' Market (menjual baju, aksesori dan cenderamata)
  5. Ocean Park (Marine mammal park)
  6. Temple Street Night Market
  7. Clock Tower
  8. Tim Sha Tsui, Promenade
  9. Golden Bauhinia Square
  10. Ngong Ping 360 (Cable Car)

untuk lebih rujukan anda boleh klik link discoverhongkong

http://www.discoverhongkong.com/seasia/index.jsp

Hong Kong dan Shenzhen

Hong Kong dan Shenzhen dipisahkan oleh sebatang sungai yang dikawal rapi untuk mengelakkan penduduk tanah besar China masuk tanpa kebenaran. Kami menyeberangi sendiri kastam dan imigresen Shenzhen ke Hong Kong. Hati-hati dengan penyeluk saku yang berleluasa. Kami semua memakai beg sandang kehadapan bagi mengelakkan kehilangan barang. Kawasan ini agak sibuk kerana penduduk dari Shenzhen kebanyakkannya menyeberangi imigresen untuk bekerja di Hong Kong. Jangan terkejut ada anjing di kiri dan kanan sewaktu berjalan di sini. (Nasib baik xbawa serunding daging masa ni). Kalau tidak anjing tu yang kenyang. 


Tiket Masuk ke Disneyland, Hong Kong

Tiket Lilo and Stich Disneyland
Tak sabar nak ke Disneyland 

Mula terbayang Mickey Mouse dan rakan-rakan. Siapa xsuka Snow White, Sleeping Beauty, Cinderella, Winnie The Pooh yang selalu makan madu, TinkerBell dan Tarzan. Kembali ke zaman kanak-kanak. Bagi yang membawa anak-anak, pastinya mereka teruja dengan permainan di sini. Lebih seronok kalau dapat jumpa sendiri Disney Characters di Disneyland Hong Kong ni. 

Goofy dan Mickey Mouse
Pintu Gerbang Disneyland Hong Kong

Berjalan kaki menuju ke pintu masuk Disneyland, hati xsabar nak main permainan di sana. Belum masuk pun dah banyak ambil gambar. 
Bergambar dengan travel group ke Hong Kong. Memang sporting.

Cuaca 

Cuaca di Hong Kong pada bulan Disember antara 16-20 darjah celcius. Tak perlu pakaian yang terlalu tebal. Cuaca siang yang sejuk berlari-lari di sini sepanjang hari pun xberpeluh. bermula jam 5.00 petang akan mula terasa dingin. Bawa gloves, stokin, penutup kepala & telinga (bagi lelaki) dan mafla. 

Bagi yang melancong ke Hong Kong semasa musim sejuk, bawa losyen tangan dan kaki. Cuaca sejuk dan kering boleh merosakkan kulit. Kulit akan jadi kering dan bibir akan mula mereka. Kulit tangan dan kaki yang terdedah kepada udara akan mengering, lebih teruk lagi bibir mungkin merekah dan berdarah. Cuaca di Hong Kong masih ok lagi bagi saya. Semasa di Beijing cuaca -10 darjah selsius memang mengundang derita. Kulit kering sampai menggaru seperti Sun Wukong (google sendiri siapa tu Sun Wukong).

Pemeriksaan di pintu masuk Disneyland Hong Kong dan bawa makanan sendiri

Muslim visitor boleh membeli makanan halal di Tahitian Terrace dan The Explorers Club yang, Disneyland Hong Kong. Makanan Tahitian Terrace dan The Explorers Club disahkan halal oleh Hong Kong Muslim Organisation. Beg akan diperiksa dipintu masuk. Kami mebawa bekalan roti dan biskut tapi disorokkan dalam compartment bawah beg & tak kene rampas. Jimat sikit duit makanan. 

Pintu masuk Disneyland Hong Kong
With My Travel Buddy, Hasyanti



Peta Disneyland Hong Kong


Sebaik tiba di mana-mana Theme Park pastikan anda ambil peta Theme Park untuk memudahkan anda memilih lokasi permainan. Di Universal Studio Singapore juga di Wonderland Korea Selatan, perkara pertama yang kami cari ialah peta theme park. 

Tempat Solat

Di Disneyland Hong Kong ada disediakan ruang solat untuk pengunjung Muslim. Tempat wuduk disediakan. Tiada water heater. Maka ambil la wuduk dengan air yang dingin membeku. Tempat solat tidak lah ekslusif sekadar ruang yang boleh solat. Tapi rujukan di TripAdvisor ada yang beritahu Bilik Solat telah bertukar dari City Hall ke bilik rehat di The Explorer Club, Disneyland. Jangan lupa bawa telekung. 

Disneyland Hong Kong Parade

Wahhhhhhh
Yang ni memang mengujakan. Bukan anak-anak je rasa teruja. Mak budak pun teruja. jom tengok antara gambar-gambar yang sempat saya dan kawan rakam semasa perarakan watak-watak Disney









Menaiki Jungle River Cruise untuk bertemu Tarzan

Ada satu lokasi ditengah-tengah pulau buatan menempatkan rumah Tarzan. Untuk sampai ke sini anda perlu ambil giliran untuk menaiki bot ke rumah Tarzan. Untuk naik ke Rumah Pokok setinggi bangunan 4 tingkat perlu menaiki tangga. Dapat baca dan tengok sendiri sejarah hidup Tarzan kat sini. 





Slow Boat Rides di It's a Small World

To do list seterusnya ialah naik bot di It's a Small World Park. anda akan menaiki bot indoor dan dapat lihat kepelbagaian budaya dari seluruh dunia. Rasa macam masuk ke Fantasy Land. bila ke sini. 

Membeli Cenderahati di Disneyland, Hong Kong

Bagi percutian budget biasanya membeli key chains, fridge magnets dan T-shirt kenang kenangan. Ada macam-macam cenderamata di jual di sini. 





Keretapi Disneyland Hong Kong RailRoad-Fantasy Land Station

Tren Keretapi Disneyland Hong Kong

Dibuka dari 10.30 pagi hingga 5.30 petang naik la 10 kali pun tak apa sebab free! Bila puas meronda sepanjang hari, kaki pun mula rasa sakit. Sama ada berehat di restoran atau anda boleh menaiki tren keretapi Disneyland yang akan membawa anda mengelilingi seluruh kawasan Disneyland Hong Kong. 


Parade waktu petang di Disneyland Hong Kong

Jangan terlepas peluang tengok pertunjukan bunga api di waktu malam di Disneyland Hong Kong. 

Lepas shopping souvenirs ada perarakan waktu petang di Disneyland. Masa ni berpusu-pusu pengunjung Disneyland beratur dan ambil gambar. Jangan sampai hilang anak pulak. Habis parade malam pun menjelma. Sempat bergambar dengan bunga tulip sebelum keluar. Tapi....kami terlepas tengok pertunjukan bunga api pulak sebab keluar awal. So kene la datang Disneyland lagi.

Semoga tips yang saya kongsikan bermanfaat untuk anda yang nak melancong ke Hong Kong dan Disneyland Hong Kong. Bye!