Tuesday 7 March 2017

Tips Melancong ke Universal Studio Singapore

Merancang trip percutian ke Universal Studio Singapore?




Saya kongsikan tips sebagai panduan anda untuk merancang percutian ke Universal Studio yang terletak di Sentosa Island, Singapore. 

3 kali berkunjung ke Universal Studio, Singapore saya ikut pakej yang berbeza-beza.

PERCUTIAN PERTAMA: Ambil pakej dengan travel agen (pergi naik bas)
PERCUTIAN KEDUA: Memandu kereta sendiri ke Universal Studio
PERCUTIAN KETIGA: Berkongsi kereta dengan kawan

Why you should go to Universal Studio, Singapore?


  • Entertainment
  • Fun Rides (ada 1 indoor roller coaster, 2 outdoor roller coaster)

Saya naik ketiga-tiga roller coaster ni & end up tumbang dua hari dan kene makan pain killer sebab jatuh sakit.


  • World Class Theme Park


High Speed Roller Coaster Indoor di The Mummy. A must try efek Mummy mengamuk sampai rasa kene bakar dok dalam tu

Kakaks cantik ni keluar menari ikut jadual persembahan di Hollywood Show Area. Dapatkan jadual persembahan dan perarakan (Madagascar, The Mummy, Transformers dan banyak lagi) di kaunter masuk (Lokasi: sebelah kiri pintu utama lepas check tiket)


Percaya cakap saya sehari di Universal Studio tidak cukup untuk anda mencuba semua permainan yang ada di sana. Kalau nak bandingkan Universal Studio, Singapore dengan Disneyland Hong Kong yang saya pernah kunjungi 4 tahun lepas, Universal Studio, Singapore ni lebih sesuai untuk remaja & mereka yang suka thrilling rides. Disneyland tempat untuk bersantai dengan anak-anak kecil dan kurang permainan yang menguji keberanian.








Saya kongsikan tips untuk anda yang pertama kali ingin ke Universal Studio, Singapore. 


Public Transport from Johor Bahru to Universal Studio, Singapore


  • Pilih sama ada hendak ke Terminal Bas Larkin atau terus ke CIQ JB (depan Plaza City Square/JBCC)
  • Perjalanan mengambil masa satu jam tidak termasuk pemeriksaan kastam. Peak hours sangat sibuk dan mengambil masa untuk beratur dan cop passport memandangkan ramai penduduk Johor Bahru berulang alik kerja di Singapura
  • Jika memilih untuk menaiki bas awam, naik bas 950 Marsiling atau Woodlands. kemudian naik MRT ke Dhoby Ghaut.tukar ke purple line dan naik train ke harbourfront atau boleh juga naik monorail

TIPS MEMANDU SENDIRI:


Parking



Sekiranya anda menaiki bas yang disediakan dalam pakej perlancongan tidak menjadi masalah. Bas akan parking betul-betul di bawah kawasan Globe Universal Studio. Untuk yang membawa anak kecil atau warga emas tidak menjadi masalah. Hanya naik 1 eskalator dan anda akan sampai di pintu masuk utama Universal Studio.



Sekiranya anda memandu kenderaan sendiri ke Universal Studio, Setkan GPS anda ke arah Sentosa Island. Universal Studio ni merupakan taman tema milik Genting Group yang dibina di atas Sentosa Island. Untuk memandu di Singapore, kenderaan perlu mendaftar Auto Pass (mcam kad Touch and Go). Auto Pass ni juga berfungsi untuk membayar parking kereta di mana-mana sahaja di Singapore. Auto pass ini juga digunakan untuk membayar parking di Sentosa Island dan Universal Studio



Bagi kenderaan yang belum pernah memasuki Singapura, anda boleh buat kad Auto Pass di Woodlands Check Point (lepas cop pasport) atau di Second Link Highway. 

Topup auto pass boleh dilakukan juga di 7 Eleven. Pastikan menambah nilai kerana silap parking, chargenya mungkin berbeza mengikut tempat parking di Sentosa Island dan Universal Studio Singapore. 


Menaiki Bas

Menaiki bas melalui pakej melancong ke Universal Studio, Singapore, anda tak perlu pening fikir tentang map atau parking. Banyak syrikat perlancongan menawarkan group trip melancong ke Universal Studio, Singapore. Cuma perlu turun di check point imigresen sama ada di CIQ Tambak Johor-Woodlands atau CIQ Second Link Expressway-Tuas untuk cop passport. Beg tak perlu bawa turun. 

Changi Airport ke Universal Studio Singapore

Ada 3 pilihan pengangkutan dari Changi Airport ke Universal Studio, Singapore. 

  • Metro, Subway SMRT (SGD 7-13)-1 hour 7 min
  • Taxi SGD 120-150m (20 min)
  • Drive SGD 14-22 (20 min)

Tips mencari makanan halal di Universal Studio, Singapore

Terdapat beberapa tempat menjual makanan halal di Universal Studio. Anda boleh ke Mel's Drive In, Friar's, Goldilocks, Oasis Spice Cafe, Marty's Casa Del Wild. 

Bagi kami yang berjimat, kami bawa sendiri makanan seperti sandwich, maggie (beli air panas di restoran) dan roti. Kalau makan soto ayam kosong..kosong xde pape pun dah mencecah SGD 20...tukar duit Malaysia..waaa..xberbaloi rasa. 


Tempat Solat di Universal Studio, Singapore


Pengujung Universal Studio yang beragama Islam boleh bersolat di dalam Universal Studio. Tempat solat terletak di Sci-Fi City bersebelahan dengan Battlestar Galactica's locker. Ruang berhawa dingin disediakan. Ruang untuk lelaki dan wanita disediakan dan anda boleh semak waktu solat Singapura juga di sini. Tempat wudhu disediakan di dalam kawasan tempat solat. 

Tempat solat di Sentosa Island, Singapore

Tempat solat disediakan di Beach Station (hanya 2 hentian dari Monorail Waterfront Station).
Dari Monorail terus jalan kaki menuju ke eskalator bertentangan dengan information counter and turun ke Basement 1. Terdapat papan tanda yang menunjukkan kedudukan bilik sembahyang di Beach Station












No comments:

Post a Comment